Wednesday, 8 April 2015

Mencari Cinta Sejati: The Last Naruto The Movie vs Suamiku Encik Perfect 10

Tu diaaa...tajuk pun dah gempak gempita...hahahah... tak payah nak panas sangat lah wei!

Bulan 12 tahun lepas, terjadinya perang movie adaptasi antara The Last: Naruto the Movie dan Suamiku Encik Perfect 10. Saya sebagai peminat Naruto dan selalu mengikuti manga nya haruslah menyokong Naruto tetapi tidaklah terus condemn filem tempatan kerana saya juga adalah penggemar filem tempatan!

Jadi, saya juga menggelupur seperti weeboo lain walau hakikatnya saya bukan weeboo, mencari cinema manakah yang patut saya pergi kerana The Last cuma ditayangkan di pawagam2 terpilih sahaja. Sebut pasal cinema, saya lebih gemarkan TGV berbanding GSC kerana tiket TGV lebih murah drp GSC. Dah kata selected GSC pula, saya biasa pergi kat Cheras Leisure Mall, Berjaya Times Square dan kadangkala di Mid Valley. Antara 3 cinema tu, di Mid Valley sahaja yang ada. Pulak, saya hanya boleh menonton pada hari weekend sahaja, makanya harga tiket sangatlah mahal! Lihat, orang yang gaji hampir 2k sebulan pun berkira tau nak tgk wayang!

Saya purchased online menggunakan kad debit CIMB dengan mendapat harga RM10/each. Call adik saya dan dia setuju untuk pergi menonton pada hari Ahad. Setelah seminggu penayangan The Last, hall masih penuh lagi.

Ulasan saya adalah.... filem ini sangatlah macam...ummm... Filem ini seperti dibuat hanya untuk memuaskan hati fans Naruto yang nak tgk sangat macam mana Uzumaki Naruto tu ngorat Hyuuga Hinata. Boleh lah plak hidupkan satu watak yang hanya membuat Naruto cemburu. erk??

Otsutsuki Toneri yg diwujudkan hanya untuk buat Naruto cemburu.

Hmmm...kalau diikutkan, jika Naruto tidak menerima satu mimpi yang mengatakan Hinata cintakan dia, agak2 Naruto akan kahwin tak dengan Hinata? impian Naruto untuk menjadi hokage mesti akan tercapai (almaklumlah, yang jadi Hokage ni semuanya kroni, kecuali bapak Naruto; Namikaze Minato a.k.a Yondaime - Hokage ke-4) dan impiannya untuk memperisterikan Haruno Sakura/Sakura takkan dapat sebab Uchiha Sasuke/Sasuke dah insaf dan mesti dia nak punya kat Sakura tu! 

Filem ni banyak beno pengulangan babak membuatkan saya menguap BANYAK kali. Adik saya tertidur siap berkeruh lagi! Mungkin saya tak berapa gemarkan filem dari franchais Naruto kot. Saya lebih sukakan Ninja Clans in the Land of Snow, Guardians of the Crescent Moons, Bonds, The Will of Fire dan tentu sekali Road to Ninja!

Tentu sekali cinta Naruto adalah CINTA SELEPAS KAHWIN! hahaha... gurau aja!


Ulasan saya untuk filem Suamiku Encik Perfect 10. Wah! Ini kalau nak dibandingkan dengan Naruto, Zarief Daniel (lakonan Aaron Aziz) ni kalau wujud di Konoha, memang anak2 dara Konoha tak pandang laa si Sasuke tu... tapi kalau saya, saya tetap setia kat Itachi! hewhewhew!

Dari awal, plot teratur, kelakar dengan watak mak Aleeya Azmeen (lakonan Lisa Surihani), Puan Yazmeen (lakonan Jasmin Hamid) tu kemain cakap utara naaa! hahaha...memang kelakar! Part yang Puan Yazmeen lecture pasal bra tu. hahahah... Walaupun jalan cerita kadang2 kita boleh jangka, guess what? saya menonton filem ini dalam keadaan mengantuk sebab letih lepas iron baju untuk seminggu,  saya masih terhibur dan langsung tidak menguap seperti menonton The Last! 

Babak tentang pemilihan bra yang kelakar!

Saya tertarik dengan ketulusan Zarief Daniel yang sanggup menerima Aleeya Azmeen sebagai suri hidupnya walhal dia langsung tidak mengenali Aleeya, baru kenal tak sempai beberapa tahun, dengan keadaan Aleeya dirogol oleh teman lelaki dia, dan sanggup menukar namanya kepada Abdullah hanya kerana tidak mahu kelak kemudian anak itu mengetahui yang dirinya adalah hasil rogol! ummm dahsyat...dahsyat!! Habis sahaja filem ini seraya saya berkata, agak menyesal menonton The Last di cinema. Lebih baik saya menonton filem ni sejurus saya dapat menjana industri perfileman tempatan.

Buat yang hanyut dalam romantika The Last, korang WAJIB menonton Suamiku Encik Perfect 10! tak kira...lelaki atau perempuan ke, mesti tengok, then, korang nilaikan sendiri!

Antara 2 filem ini, dengan bangganya saya mengatakan SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 lagi terbaik.....tapi macam mana pun, Zarief Daniel tak boleh celen *Abang Jebat!! weehooo!



*Abang Jebat - Ahmad Ziyad Foo, watak utama dalam novel/drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad.

Tuesday, 7 April 2015

#Throwback Malaysia's Anime Event 2014

Assalamualaikum semua!
Apa khabar?

Maaf dek kerana kesibukan, saya tak dapat nak update blog saya ini. Banyak perkara yang berlaku pada tahun 2014. Saya memang teringin mahu update, menulis blog, cuma masa yang menjadi penghalang.

Pada tahun 2014, saya telah banyak menghadirkan diri untuk anime event. ummm apa yang saya ingat, anime event yakni pembuka untuk tahun 2014 adalah Animax Carnival Malaysia 2014 yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center.


Yang kedua untuk pertama kalinya saya pergi ke C2AGE. C2AGE ni saya dengar dari zaman saya study dulu, tapi baru ni berkesempatan untuk pergi. C2AGE adalah sebuah event yang dianjurkan oleh HELP Universiti. Bagi sesiapa yang biasa lalu kat Jalan Loke Yew tu, mesti perasan U ni. Lebih kurang apa yang dianjurkan oleh Comic Fiesta (CF) dan AniManGaki (AMG), C2AGE juga ada menjual art dan anime merchandise. Tapi tak semeriah CF dan AMG. Kelainan yang dibawakan oleh C2AGE adalah, mereka menjemput cosplayer terkenal iaitu Reika dan ada lagi seorang yang saya tidak kenal. Saya kenal Reika daripada kenalan FB yang seringkali membanjiri wall feed saya dengan gambar2 Reika. Reika juga suka cosplay Levi iaitu watak lelaki dari anime Shingeki no Kyojin (SnK). Dan dari event itu saya mendapat 2 orang kenalan baru!


Gambar Reika yang saya berjaya dapat dari lensa saya.


Tahun ini juga, pesta Bon Odori yang sering diadakan pada pertengahan bulan Julai, dilanjutkan kepada bulan September kerana bulan Julai kita sudah start berpuasa, lagi pun ramai rakyat Jepun yang berada di Malaysia bercuti dan pulang ke Jepun.
Ini sudah kali ke 5 saya pergi, dan pertama kali kami menyambut dalam hujan. Cuma saya bernasib baik kerana saya parking kereta tidak jauh! Saya sampai sana dalam pukul 6 petang!

Seterusnya pula adalah AniManGaki (AMG). AMG seperti biasa, lepas raya puasa berlangsung di Sunway Pyramid Convention Center. Saya bernasib baik sebab bos saya memberi RM500 kepada setiap stafnya sebagai saguhati untuk Hari Raya. Saya tidak membelanjakan wang itu untuk raya sebaliknya menghabiskannya di sini! er...hampir RM200 juga lah yang habis! weeee~



Saya juga berharap tahun ini saya dapat cosplay. Cosplay untuk saja2 lah. Maka, saya dan seorang kawan saya merancang ke CosMart untuk mencari costume yang sesuai dan pastinya berbaloi untuk nilai wang!


Saya merancang untuk mencari kostum untuk Bankai Ichigo. Kalau tiada, saya akan memilih untuk menjadi Uzumaki Kushina. Saya jumpa Bankai Ichigo tetapi tidak menjual seluarnya. Harga dalam RM120 (nayyy!!) dan kostum Kushina berharga RM150. ummmm tak jadi nak beli! Kawan saya dapat kostum Maid dia yang berharga RM100. Saya cuma dapat beli second hand kunai je yang berharga RM15.00. Berat tau kunai tu!


Yaaa... akhirnya acara yang di tunggu telah pun tiba! Saya pula telah memaksa emak (sorry mak!) untuk menyiapkan kostum Kushina saya. Nanti di lain entry saya akan ceritakan tentang kostum tersebut.
Ini adalah kali ke-3 CF yang saya hadiri. Gathering dengan kenalan dari FB memang seronok!

Ramai lagi sebenarnya. Saja jer letak gambar ni.

Pada tahun ini pula, insya Allah saya akan terus attend untuk anime event. 2 minggu lalu, baru sahaja berlangsung Animax Carinival Malaysia 2015 kat Sunway Pyramid Convention Center, Wahhh!! Best giller kot! Ada artis lagi!

Nanti ada masa saya kasi cerita yaaa!!


babai!