Tuesday, 11 February 2014

[Ulasan Anime] #02: Clannad & Clannad ~After Story~

Ramai yang cadangkan anime ni untuk di tonton. Katanya, sedih sangat, kau tengok, konfem nangeh. Aku pun, iye kerrr? aku jenis yang susah untuk mengalirkan air mat, jadi aku ingin mencabar diri aku sama ada aku boleh mengalirkan air mata atau tak. Kalau tak pun, paling kurang, ada perasaan sedih pun, jaaadilaaahhh!

Anime ni ada 2 musim dan sequelnya di namakan Clannad ~After Story~. (Sumber Anime News Network) anime ini diterbitkan pada tahun 2007, iaitu tahun mula-mula aku berjinak-jinak dengan anime dan pada hemat aku, anime yang dikeluarkan pada sekitar 2007 - 2008 memang best-best!

Mari kita mulakan dengan Clannad (musim 1)

Sinopsis:

Okazaki Tomoya ialah pelajar sekolah tinggi tahun ketiga yang begitu marah terhadap hidupnya. Ibu dia meninggal dunia akibat kemalangan kereta masa dia kecik lagi. Sebab mak dia mati tu, abah dia minum harak (alkohol) dan berjudi macam Tsunade (ok, ni aku tambah). Ada sekali tu, Tomoya bergaduh dengan abah dia sampai bahu Tomoya cedera. Semenjak dari itu, hubungan Tomoya dengan abah dia tak berapa baik dan menyebabkan beliau menjadi budak gangster (yang tak berapa gangster sangatlah!)

Satu hari, dia berjumpa dengan seorang awek pelik, nama beliau Furukawa Nagisa yang merupakan setahun lebih tua. Nagisa selalu repeat paper sebab dia asik sakit jer. Oleh itu, dia selalu menyendiri sebab kawan sebaya dia dah naik ke tahun lain. Dari situ Tomoya start lepak dengan Nagisa dan dia mendapati hidupnya semakin berubah sedikit demi sedikit.

Komen aku:

Ikutkan aku, memang aku tak berapa berkenan sangat anime yang berlatar belakangkan sekolah. Tapi, setelah aku menonton anime ni, of course lepas tu, aku nak tengok lagi. Sebelum ni aku ada tengok anime Lucky Star, bagi aku anime tu macam bosan, asik cakap-cakap je. Bila masuk anime lain bergendre sekolah bagai, aku jadi macam trauma. Tapi, bila aku tengok anime ni memang best dan tak ada bosan langsung. Dan sebut pasal sedih, mungkin anime ni belum sampai tahap sedih lagi. Oh ya, tang episod Ichinose Kotomi tu sedih, tapi belum tahap keluar air mata.

Clannad ~After Story~ (musim 2)

Sinopsis:

Bersambung dari siri satu; bagi Tomoya, apa yang telah berlaku, hidup harus diteruskan. Beberapa bulan lepas tu, Tomoya mengaku yang dia cintakan Nagisa. Kini telah memasuki semester baru, dah macam-macam jenis orang yang dia temui dan juga hubungan cinta mereka lebih bertambah mesra. Melalui hubungan itu, Tomoya mengetahui betapa pentingnya hidup bekeluarga. Malangnya, setelah Tomoya kahwin dengan Nagisa, dah benda tak diingini pulak berlaku....

Komen aku:

haaa...dah masuk musim baru, semua watak yang ada berjaya dikembangkan. Nak-nak lagi member si Tomoya, Sunohara Youhei kena cari awek sebab nak tunjuk kat adik dia yang dia pun ada awek gak. Kat musim ni juga kita boleh dapat tahu sejauh mana hubungan Tomoya x Nagisa yang akhirnya berakhir ke jinjang pelamin walaupun perkahwinan Jepun tak guna pelamin (haha) dan juga, hubungan Tomoya dengan abah dia, dah elok ker belum? haaa gitu!

Dalam siri ni lah kot start sedihnya kan. Tapi bagi aku memang tak mengalir air matalah. Sedih tu, memang sedih dan kesedihan itulah telah di 'troll' kan. hahahahahh! Troll? nak tau, korang tengoklah sampai habis!

Watak-watak:

Okazaki Tomoya
  • Watak utama anime nih. Pakwe Nagisa. Sangat benci kat ayah dia yang menyebabkan bahu beliau cedera.

Furukawa Nagisa
  • Heroin citer nih. Awek Tomoya yang last sekali jadi waifu (bini) Tomoya. Amat ambil berat tentang Tomoya, selalu menasihati Tomoya tentang abah Tomoya. Isteri impian para otaku / anime fans di luar sana.

Fujibayashi Kyou
  • Awek rambut panjang kaler purple ni giller garang. Ada kembar namanya Fujibayashi Ryou. Watak diorang ni lebih kurang dengan watak si kembar dalam anime Lucky Star, yang akaknya gila2 garang manakala adiknya cam lembut, takut2 sikit. Kyou ada bela babi kenit namanya Botan (Tonton Tsunade lagi comel) dan dalam siri 2, Botan dah besar gila babi (hahahaha)

Ichinose Kotomi
  • Kawan masa kecik2 Tomoya. Dia ni kalau main biola, memang hazabedah. Gila seram, lebih seram dari filem Jangan Pandang Belakang arahan anak Khatijah Tan itu. Sifat lemah lembut lebih kurang Hinata.

Sakagami Tomoyo
  • Watak feveret aku. Idola pelajar pompuan kat sekolah. Terer segala-galanya. Ada satu episod extra dimana Tomoyo di couple kan dengan Tomoya. Giller sweet weh!! Lagi sweet dari Nagisa. Bagi aku, Tomoyo x Tomoya sama cantik, sama padan. Sayangnya, itu cuma episod extra jer...

Ibuki Fuko
  • dia ni perangai macam budak2 sikit. Suka buat bintang daripada kayu. Mula2 aku tak heran sangat sampai dah episod berapa ntah, dia ni jadi macam annoying gila. Dalam siri ke-2, dia dikhabarkan baru pulih dari sakit. Ntah lah, aku malas nak amik tahu sebab dia watak paling aku tak suka!

Sunohara Youhei
  • Member baik si Tomoya. Perangai macam masuk air sikit. Kengkadang ada sikit gatal kat pompuan. Kelakar lah dia nih! Ada adik nama Sunohara Mei. Kat belakang tu Sagara Misae, warden asrama tempat Youhei tinggal.

(yang pompuan) Furukawa Sanae, (yang lelaki) Furukawa Akio
  • Mak bapak Nagisa, yakni mak bapak mertua Tomoya. Akio ni pun jenis yang sengal2 masuk air gak. Selalu kasi bini sentap.
Okazaki Naoyuki
  • abah Tomoya. Aku first time tengok macam tak caya plak yang abah dia jenis yang bermasalah sampai Tomoya benci sangat kat dia. 



Okazaki Ushio
  • Anak kepada Tomoya dan Nagisa. Comel kan?

Itulah review daripada aku. Kalau korang tanya, anime apa yang sedih bagai, mesti Clannad ada dalam list. Selain Clannad, diorang (anime fans) turut mencadangkan Angel Beats dan Anohana. Dua-dua tu aku belum tengok lagi. Kalau ada masa, aku tengoklah, dan kasi review sini untuk korang yang belum tengok lagi. Siapa belum tengok lagi, korang boleh download kat mana2 website, tengok online, kat youtube pun ada. Aku tengok kat youtube jer. Taip je Clannad, mesti keluar. OK!

Tomoya x Tomoyo
Pasangan serasi yang di extrakan. Siot punya director. Aku ulang episod ni 2 kali kot. Feeling sangat.