Friday, 17 May 2013

Jenjalan Melaka dan Dewan Freemason

Halu u olls...

Memandangkan hari ni aku agak relaks sikit, jadi nak ringankan jari yang tak berapa nak runcing ni leww~

Hujung bulan lepas, yakni bulan 4, member aku kawen. Dia ni senang cite childhood friend lah. Dari zaman kami tinggal kat PULAPOL (bapak pulis) sampai ke Cheras. Masuk darjah 4 dia pindah Melaka. Kampung dia. Tahniah aku ucapkan.

Haaa...nak dipendekkan cerita, aku amatlah berterima kasih terhadap member aku ni kerana sudi jemput DAN inilah kenduri kawen yang agak jauh aku pergi ni. Ye lah, biasanya sekitar rumah je. Paling jauh pun Batang Kali je bulan 2 hari tu. Aku pun bukannya rajin sangat berjalan ni. Adik aku, sampai ke Terengganu semata-mata nak attend kenduri kawan dia. Lelaki, even mak aku pun tak kisah.

Aku pun lama tak jenjalan Melaka. Kali terakhir bila ye? Form 3 kot (2003)?

Ok, berikut adalah yang sempat aku ambil.


Dewan Freemason.

Aku rajin juga baca artikel pasal kejadah ni kat internet. Ntah, kengkadang aku percaya, kadang tak.







yang ni aku pergi time pagi. Pagar tak buka lagi. Petang semalamnya aku ronda2 dengan mak, pagar buka. Ada 2 biji kereta parking kat dalam.

Di fahamkan terdapat 14 buah dewan freemason bertapak kat Malaysia yang indah ini. Bapak banyak. Aku memula baca, tak caya dowh. Bila dah jumpa cam ni, caya lah kot~ Apa ye yang ada kat dalam tu? Kalau aku singgah petang semalam tu, boleh gak lah aku sekodeng. haha~ dahdahdah...!

Dewan ni berhadapan dengan Sekolah Tinggi Melaka.


Lepas tu, aku ada ambil gambar2 sekitar, dan terus balik KL. Bai-bai!













Friday, 3 May 2013

Suka rambut merah

 


Kalau sebut pasal rambut, memang fomfuan ni yang jadi idola aku. Nak-nak lagi kaler merah. Mungkin sebab feveret kaler aku kaler merah, so semua yang ada sekeliling aku haruslah berkaler merah. Kelas!!

Serius, aku memang nak kaler rambut kaler merah. Tapi, mana ada inai warna merah! miehihihi. ye kot? Jadi, jangan nak ikut rasa hati, nafsu nifsi bagai. Kelak nanti, diri sendiri yang susah. ye lah, mana tak nya. Aku fikir satu situasi ni je;

Aku memang tak reti buat sendiri, maka aku akan pergi saloon untuk mengalerkan rambut dari hitam kepada merah. Lepas keluar dari saloon, di takdirkan pulak aku kena langgar basikal.

Mati.
Ok. Di pendekkan cerita, time nak mandi jenazah. Mak aku tengok, rambut merah ni. Nak mandi tak lepas. bwahahahaahahhhhhh~~~~

Wallahhualam.

ish, tak beranilah aku!

Ada beberapa watak anime yang sangat aku suka. Dan dia berambut merah!


Erza Scarlet dari anime Fairy Tail.
terer berlawan dan tak gedik macam Lucy Heartfillia tuh!


dan haruslah ini fomfuan~~ 

ok. Yang ni aku tak suka. Cara dia pikat Sasuke geli hokkay! hahahahhh~

asal kau nak ngorat Sasuke je, kau buka spek. Hot keww?

Tsunade punya nenek yang jadi rebutan antara Hashirama a.k.a Hokage Pertama dan Madara. Sebab tu diorang perang kot. (tipu?)
Memang yang datang dari puak Uzumaki, semua rambut merah ye?

Thursday, 2 May 2013

[Jenguk Anime] #01 - Gintama

haaa...siapa pernah tengok anime ni??

Aku tak pernah tengok lagi. Tapi apa yang aku tau, anime ni KELAKAR giler, mungkin lagi kelakar dari Lawak ke Der? korang tu... hehe. *sentap Afdlin aku tulis cam ni*

Anime ni pulak, full of parodies. Ya Allah, aku ni memang layan parodi bagai cam ni. Jom tengok apa yang diorang parodi kan.

Bleach?


Kelas! Dragon Ball teruih!

amekaw! Cikgu Kakashi lagi.

oh, One Piece! *aku tak tengok anime ni*

Dan berikut adalah senarai anime yang di parodi kan;

  • Kuroshitsuji (episode 171)
  • Bakuman
  • Prince of Tennis
  • Will Smith
  • Eyesheild 21
  • Detective Conan
  • Ultraman
  • Beserk
  • Sengoku Basara
  • Kuroko no Basket
  • Dragon Quest
  • K-ON!
  • Gundam Seed
  • Heidi
  • Death Note
  • Evangelion
  • Jojo's Bizarre Adventure


haaa...nampak cam best kan. Sekarang dah episod 200 lebih. hmmm...aku anime lama-lama pun tak setel lagi tengok. Bleach pun aku tak habis lagi. 

Details:

Anime: Gintama (maksud: Roh Perak; Silver Soul)
Mula tayang: 8 Disember 2003
Genre: Komedi, Parodi, Sains Fiksyen
Pencipta a.k.a Mangaka: Sorachi Hideaki
Studio: Sunrise (adik beradik ngan Inuyasha, Gundam Seed)
Episod setakat ini: 265 (menurut website tokyoinsider.net)

Rupanya anime ni dah ditayangkan kat TV M'sia iaitu TV2 start 30 Ogos 2009. Why??? Kenapa aku tak tau? hukhukhuk~ Oh, lupa, time tu aku gigih keje kat KFC nak cari duit untuk konvo. miehihihi.. Ok lah, pada yang tengah follow anime ni, aku yakin korang mesti ada six pack kat perut kaannn? hehe. Bye2!

Sumber:

animenewsnetwork
Gintama - wikipedia
Gintama - wikia
Gintama - tokyoinsider.net
Google search