Friday, 29 March 2013

May'n di Animax Carnival Malaysia 2013

Ini untuk tatapan para Otaku yang gigit jari hari tu sebab tak dapat pergi. 

*dah jadi Abang Nara dah dok kopipes sume ni*

ENJOY!






















Sorry ye anak-anak sekalian, gambar tak ikut turutan. Ini sebahagian sahaja, nak tengok yang lain, sila klik link kat atas sekali tu.

Tuesday, 19 March 2013

Sekitar Animax Carnival Malaysia 2013

ok, memandangkan kerja aku agak kureng sikit, jadi aku mau update sikitlah!

Hari Sabtu lepas aku ke Animax Carnival kat Sunway Pyramid. Memandangkan aku sorang je yang pergi, maka aku decided nak sampai awallah. 

Aku sampai dalam pukul 9.30 pagi. Dari atas aku tengok orang dah siap queue gitu. Tapi, tak lah bising sangatlah.
So, dah sampai bawah, follow the queue, jadi aku dapat beratur di luar.

Ni time aku start queue dari luar. Ramaikan orang? 

Carnival starts at 10, korang nak tau aku dapat masuk pukul bape? 11.50pg tau takkk!!! Bapak lama aku tunggu. Itupun, dia lepas sikit2 dulu. Aku dari luar, jln sikit-sikit sampai dalam 6,7 orang kat depan aku, diorang suruh stop. Tunggu lagi. Pastu, dia kasi masuk 3 orang dulu. So, 3 orang depan aku. Pastu tunggu lama gila, 3 orang depan aku masuk plak! Kena tunggu. Ingat kan sat ja. Aku tunggu macam dah lama, aku merayulah kasi lepas aku sorang jer. Dia tak kasi, sebab dalam tu dah ramai sangat orang (tapi tak begitu sardin sangat). 

Aku tengok pengacara majlis pun dah cakap-cakap, ajukan soalan, bagi hadiah lagi, tak ke panas hati aku.

tunggu nak dekat sejam, pastu aku baru dapat masuk. Masuk-masuk dah kena queue untuk games. Letih tau tak.



Ini booth games.


Ini game seperti yang korang lihat mula-mula tu, nama dia Wanage. Sekali sebut cam ko cakap tamil pulak! Ini game, alaa...masukkan gelung kat botol tu. Lepas satu, kira menang. Tapi aku tak dapat ni.

Ini namanya Daruma Otoshi. Haaa, baru fefeeling Jepun sikit cakapnya. Ini main, ko pukul macam adik ni pukul, kena keluarkan satu blok tu jer. Kalau runtuh semua, ko kalah! Ini, aku champion! hahahhh~

Oooppss, sori gambar goyang. Aku baru nak snap, orang animax tu, "haiya, play first, take photo later laahhh!!" kebetulan lak orang tu abis cepat. Ini game namanya Syateki. ahh, cam sebut nama orang plak! Ni main, ada senapang, pastu kau tembak botoi tu. Satu jatuh, kira menang. 5 chances. Aku sekali tembak, menang! hehe~

Aku setel games ni dalam pukul 12.30tgh hari. Agak cepat sikitlah. Pengunjung difahamkan yang performance May'n dalam jam 1.00 nanti. Time aku habis games semua, orang dah ramai kumpul depan stage. Aku pun cepat-cepatlah!

Time tunggu.




Tu dia, mai dah. Dia masuk-masuk tak dan nak kenai diri, masuk-masuk je teruih nyanyi dengan semangatnya!

May'n nyanyi dalam 2 lagu. Aku tak tau lah lagu apa sebab aku bukanlah peminat May'n! Lepas 2 lagu, sesi interview sikit. Pastu, tanya soalan, dan menang hadiah.

Lepas tu dia nyanyi lagi 2 lagu. So, total sini, 4 lagu. waa...memang best tau. Dia datang all the way dari Jepun tau, boleh performed 4 lagu. Memang kami semua puas hatilah. Nak tau kenapa aku cakap cam ni, sebab aku pernah pergi event tahun lepas, artis Malaysia pun just for special apperance cam ni pun, performed 2 lagu je tau! Memang nampak May'n ni memang passionate ngan kerjaya dia dan yang penting, dia memang sangat menghargai fans dia kat sini.

Ok, habis tu, apa lagi. Baliklah! Kau ingat parking Sunway Pyramid ni RM3.00 sekali masuk ker? hahahhahahh~


Goodies dari Astro dan menang games tadi.

Ulasan: Karnival kali ini agak seronok sikit, tapi, lebih seronok tahun lepas punya. Aku rasa, rata-rata pengunjung pasti tak puas hati tang kena queue lama-lama, termasuklah aku! Apa-apahal, tahun depan, mesti mari gak!! 

****aku g karnival ni sebab goodies je, May'n tu bonus je. Tahun lepas pergi sebab nak jumpa Alodia. hihihi~***



Tuesday, 12 March 2013

Animax Carnival 2013

Setelah berjayanya dianjurkan di Malaysia pada tahun lepas, Animax mai lagi anjurkan Animax Carnival pada tahun ni. Kali ni buatnya kat,

Blue Concourse, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor.

Bila: 16 Mac (10pg - 6ptg) - untuk pelanggan Astro
16 Mac (6ptg - 10 mlm) & 17 Mac - Terbuka untuk semua

Sama macam tahun lepas, ada games, pertandingan cosplay kan...

Kalau tahun lepas, ada Alodia untuk penampilan istimewa,

*gambar cilok google*

Pada tahun ini pula....


kenal...kenal????

May'n akan menampilkan diri pada 16hb je, jam 1ptg. hahaha...mari...mari semua pakat cari bil astro. Dari Jan punya bill sampai sekarang punya. 

Jom...jom...jom....