Friday, 21 June 2013

[Ulasan Anime] #01: Rosario + Vampire & Rosario + Vampire Capu 2

yaaa... aku dah lama tak update. Sibuk baru-baru ni.
Kali ini aku nak buat segmen baru kat blog aku ni. Aku nak review anime yang aku dah habis tengok ni. Haa, korang jangan nak expect lebih plak kot kot aku ada review anime yang segar dari ladang. Aku ni jenis yang tak kejar anime baru, macam yang trending sekarang ni, Shingeki no Kyojin? haaa betul ke tak aku tulis ni atau dalam english di panggil Attack on Titan. Sorry lah, aku pun banyak je anime lain yang tak habis, macam mana aku nak follow up yang baru-baru? Aku sendiri pun tengok apa yang aku nak tengok je.

Ok, kali ini aku nak bercerita pasal anime yang baru aku habis tengok ni.

---------------------------------------

ROSARIO + VAMPIRE




Sebab musabab aku layan

Anime ni dah lama. Tahun 2008 tak silap. Aku tengok pun sebab aku selalu layan OST (Original Soutrack) dia. Lagu OP + ED di nyanyikan oleh Nana Mizuki. Heh, Nana Mizuki gak artis J-Pop feveret ahkak~~ Dan, watak utama dalam anime ni, Akashiya Moka (yang rambut kaler pink tu) dihidupkan oleh Nana Mizuki gak. hewhewhew~

OP + ED datang dari single ini.

Sinopsis

Memula sekali watak utama lelaki ni namanya Aono Tsukune masuk kat satu sekolah ni namanya Akademi Yokai (Yokai Academy). Sekali dia tereksiden dengan awek ni, Akashiya Moka. Akashiya Moka ni seorang pontianak pun sama murid baru sekolah ni dan terasa amat teruja sekali bertemu ngan kawan baru. Dia g tau Tsukune yang sekolah ni untuk makhluk yang bukan manusia yakni monters laa, dan seorang maknusia tak leh skola kat sini. Alamak, apa plak jadi kat Tsukune tu? Dia kan maknusia biasa. Haaa ayooo...korang tengoklah sendiri penyudahannya~



Komen dari aku

Anime ni memang BEST. Nak kata berkonsepkan vampire, tak gak sebab segala mala makhluk ada dalam anime ni. Lagi satu, aku ingat anime ni boleh di kategorikan sebagai ecchi lah sebab anime ni jujur giler pakai skirt pendek angin tiup terselak sampai nampak sepender. Even Sailormoon yang sebelum ni aku tengok pun loncat sana loncat sini tak de plak nampak sepender kan? Pastu ada babak yang agak memeranjatkan aku sikit, tapi, not the big issue. Maklumlah, aku ni sebelum ni tengok anime yang suci-suci jer. Tapi, overall, memang best, fighting part, romance, klako semua ada. Ada part tu sampai aku boleh gelak macam tengok lawak Sepah.

***********************

ROSARIO + VAMPIRE CAPU 2

Musim 2

Komen dari aku

Season 2 ni pulak tak de lah banyak beza pun dari siri sebelum ni. Cuma ada sikit penambahan watak, macam timbulnya adik Moka yang macam haram punya perangai. Dan lagi satu, kelawar yang selalu bagi tempoh masa Moka mengalahkan musuh dia tu dalam siri sebelumnya tu.


Adik lain mak. Shuzen Kokoa.

tu kelawar yang bertenggek kat bahu Kokoa dah transform jadi maknusia. Kotaro Ijuin. Bajet hensemlah!

OP + ED yang korang leh dapat dari single ni

****************************
Watak-watak:

Aono Tsukune
Satu-satunya maknusia yang belajar kat Akademi Yokai. Selalu pagi-pagi sebelum masuk sekolah dan akhir episod, darah kena hisap dengan Moka. Selalu kena gangguan seksual. ahahahhh. Dia je yang leh tarik rosary a.k.a salib yang tergantung kat leher Moka untuk Moka mentransformkan diri menjadi pontianak.

hahaha, macam maneh je aku tengok.

Akashiya Moka
Dia ni sebenarnya seorang pontianak. Bila salib dah tanggal, lemah lembut dia hilang entah ke mana. Sekali dia sepak, masuk ICU kau!

 Bila salib dah tanggal. Segala-galanya besar. Mana satu korang prefer? Bagi aku yang ni nampak cool. Boleh jadi lagi gerun dari Tsunade.

Kurono Kurumu
haiyo ini awek banyak bahayalah. Seorang succubus ataupun setan fomfuan. Dok berebut Tsukune dengan Moka.

tranformed.

Yukari Sendo
Dia ni paling muda antara mereka diatas. Disebabkan kepandaiannya, tu yang dia belajar sama tahun dengan watak yang lain. Seorang ahli sihir. Selalu jadi cari pasal dengan Kurumu. 

Shirayuki Mizore
Watak paling kool sekali. Selalu nyonyot lollipop. Emaknya pun sama. Emak dia dengan emak Kurumu rival dari dulu lagi. Aduhh, memang kelakar time tu.

Toujo Ruby
Watak feveret aku. Dia ni macam sengal-sengal sikit. Seorang ahli sihir, tetapi bukanlah pelajar Akademi Yokai.

Morioka Ginei
Pervert untuk anime ni. Selalu amik gambar curi-curi kat bilik persalinan fomfuan. Kengkadang, meraba pun ada. Presiden Kelab Akhbar dan juga seorang serigala jadia (werewolf)


Siapa yang tak tengok lagi, boleh lah tengok. Jumlah episod tak de banyak sangat, kedua-dua siri dalam 13 episod. Kau tengok satu malam pun boleh habis.

Rate: 4/5




3 comments:

siPenulis said...

Shingeki no Kyojin..hehe..

noctis189 said...

tak sangka pompuan pon minat anime ecchi

Hafizah Haruno said...

@noctis189 - tak tau anime dia cenggini. tp best gak! klu ada ecchi pun saya harap ini semua kebetulan je. Saya takkan cari anime berunsur cenggini.