Friday, 1 February 2013

Perihal Cuti Umum

heh? aku takdelah sampai butthurt macam tu kannn... Biarlah diorang enjoy cuti tu. Sekali ni je...

Aku tak de lah batak sangat cuti hari wilayah ni, sebab aku 9 tahun sekolah kat KL (Cheras region) dan ditambah pula 3 tahun aku belajar di sebuah kolej di KL juga (Cheras reqion gak). Puas dah.

So, 2 tahun, masa aku form 4 dan form 5 di Selangor (Kuala Selangor region) dan bekerja start dari April 2011 sehingga sekarang aku dapat cuti extra. bahahahah....

Bila time Selangor cuti, senanglah bagi aku buat urusan di KL ni. Pengalaman aku time cuti Thaipusam (time ni KL belum di wartakan cuti lagi) masa tu aku form 5. Aku nak tukar IC dari yang murahan tu (laminate punya) ke MyKad. Gila lama aku tunggu dari form 3 lagi. Kena beratur panjanglah (itu biasa) macam-macam lagilah. Time tu aku buat, adalah beratur tapi tak seteruk kebiasaannya. Ok, dan everything goes well.

Tahun lepas pula, time cuti Nuzul Quran rasanya, aku ambil kesempatan bawa arnab aku ke Hospital Veterinar kat Cheras ni. Ramai orang juga, aku tunggu pun lama. Mungkin tuan-tuan pet ni kerja di Selangor agaknya. Tapi, tunggu lama-lama kat vet ni tak adalah stress sangat. Boleh main2 dgn kucing lain ke, kan...

Time cuti birthday Sultan Selangor, aku pergi pejabat MARA kat Jalan Raja Laut tu untuk setel pasal loan aku yang tertunggak ni. Pastu, shopping lah. Ramai orang, tapi masih dalam keadaan selesa.

So, kalau state holidays cam ni, aku takkan simply bazirkan masa. Aku mesti akan fikirkan jalan apa benda urusan yang aku boleh setelkan kat KL ni. Lagipun, aku tinggal kat Cheras ni jer, jadi nak pergi mana-mana, tak lah jauh sangat dan time tu agak kurang sikit jemnya.

Ok, kengkawan yang cuti tu, Selamat Hari Wilayah. Isilah masa anda dengan aktiviti yang menarik. Jangan asyik tidur je. Aku ni pun sekejap lagi nak pergi Ijok. Ada kerja sikit kat satu kilang tu. Bai-bai!!


No comments: