Wednesday, 9 January 2013

Comic Fiesta 2012 Review



Entri pembuka tahun baru ni disajikan dengan review event penutup 2012; Comic Fiesta 2012.

Aku pergi hari pertama yakni pada 22 Disember, Sabtu. Dari rumah aku gerak dalam pukul 10 pagi, naik bas rabbit (rapid) KL U49 sampai end station kat Mydin besar tu. Jalan kaki sikit menuju stesen Putra Masjid Jamek terus ke stesen KLCC yang padat lagi mampan.

Aku sampai dalam pukul 11 suku macam tu tengok mak aiii, ramainya orang! Ko gila nak beratur masuk punyalah panjang line, so, aku dengan muka tak malunya kasi potong Q lah! hehehehe. Jangan marah!

Dah masuk ke dalam pusat konvensyen tersebut, aduyaii...kenalah Q lagi. Tapi, advantage bagi yang beli 'early birds' tiket sebab diorang tak perlu nak Q kat dalam. Terus je masuk. Hmmm...tahun depan, kalau nak pergi, memang aku suggestkan korang dapat tiket early birds dulu!

Total masa dari luar sampailah ke kaunter tiket aku beratur adalah 1 jam setengah. Mak aiii...Itu dari Cheras kalau kau berniat nak pergi Kuala Selangor, memang dah sampai dah!

Jom enjoy gambar-gambar yang diambil dari lensa Samsung L100.


Mirai Suenaga itasha made by abang Ben kita yang dulunya kartunis Gempak Starz. Ingat tak karya beliau? (Le. Gardenie., The Fishes, Innocent)




Pameran barangan Mirai Suenaga.





 Antara yang dijual










Para cosplayer yang sempat di snap. Pandai-pandailah ko figure out dari anime mana.





 Antara barangan yang di beli.


 Ini lanyard untuk adik aku. Minat K-Pop lah katakan. Ai tak minat yer...

Barangan Gempak Starz haruslah ada. Tapi sikit je lah belinya sebab aku nak borong hujung tahun ni nanti.

4 comments:

hime s said...

oo ade membe aku pesan kad t&g anime, aku pegi hari ahad da xde..

aku enjoy shopping je kat situ, event xde yg menarik hati sangat

Hafizah Haruno said...

ohhh lupa plak pasal TnG tu. hehe. memang tak ada apa pun...

mecha_praline said...

apa yang menarik sangat kat sana sampai ramai orang ha? ada artis comic n magaka dari japan ker?

aku tunggu event ala E3 plak kat mesyia ni. hoho

Dark Earl said...

hi. nama sy nursyahila yusop.
nak tanya, kenal xsesapa yg nk jual novel graphic ben - the fishes dgn 1001 emotion innocent? Bole referkan?

Serious buyer. Call 017-3597854. Thanks