Thursday, 24 October 2013

Setelah beberapa bulan

Hai korang!

Aku banyak sangat kerja sebenarnya. Tak dapat nak update sangat.

Just nak update kat korang yang aku dah tengok Gintama. Setakat ni, sampai episod 50 lebih.
Watak feveret aku plak, haruslah lelaki yang berambut panjang ittew....hahahahhh~

Katsura Kotarou

Preview aku dah tulis sebelum ni. Jadi, buat apa aku nak review kann? Memang anime ni sangat best, dan kalau korang peminat anime, MESTI kena tengok anime ni. Sekarang episod terbaru, menurut laman web tokyoinsider (download dari sini) sudah 265. Tak pe, pelan-pelan kayuh naa. Korang kan hebat, sekali tengok maunya 10 episode. Hari-hari tengok? haaa kau..

Perkara yang ke dua pulak, Shingeki no Kyojin / Attack on Titans yang trending tu pun aku dah habis tengok. Aku tengok online, time bosan dah habis paperwork semua kat office. haaa, tengok online, baru boleh habis. Sebelum ni, aku ada download anime Sword Art Online pun tak habis tengok gak. Aku follow kat ntv7, pun tak terfollow sebab pagi-pagi aku nak uruskan rumah semua. Ada masa, aku akan review anime ni dan perasaan aku tentang anime ni.

Ketiga, anime Angel Heart. Itupun aku tengok baru sampai episod 26 macam tu. Anime ni best, ada masa aku review.

datang dari pencipta City Hunter, Tsukasa Hojou.

Ok, aku chaw dulu. Ada masa, korang singgahlah blog aku ni. Aku sendiri pun teringin nak aktif berblog, tapi, blog pun sendu. Nak buat macam mana kan?



Friday, 21 June 2013

[Ulasan Anime] #01: Rosario + Vampire & Rosario + Vampire Capu 2

yaaa... aku dah lama tak update. Sibuk baru-baru ni.
Kali ini aku nak buat segmen baru kat blog aku ni. Aku nak review anime yang aku dah habis tengok ni. Haa, korang jangan nak expect lebih plak kot kot aku ada review anime yang segar dari ladang. Aku ni jenis yang tak kejar anime baru, macam yang trending sekarang ni, Shingeki no Kyojin? haaa betul ke tak aku tulis ni atau dalam english di panggil Attack on Titan. Sorry lah, aku pun banyak je anime lain yang tak habis, macam mana aku nak follow up yang baru-baru? Aku sendiri pun tengok apa yang aku nak tengok je.

Ok, kali ini aku nak bercerita pasal anime yang baru aku habis tengok ni.

---------------------------------------

ROSARIO + VAMPIRE




Sebab musabab aku layan

Anime ni dah lama. Tahun 2008 tak silap. Aku tengok pun sebab aku selalu layan OST (Original Soutrack) dia. Lagu OP + ED di nyanyikan oleh Nana Mizuki. Heh, Nana Mizuki gak artis J-Pop feveret ahkak~~ Dan, watak utama dalam anime ni, Akashiya Moka (yang rambut kaler pink tu) dihidupkan oleh Nana Mizuki gak. hewhewhew~

OP + ED datang dari single ini.

Sinopsis

Memula sekali watak utama lelaki ni namanya Aono Tsukune masuk kat satu sekolah ni namanya Akademi Yokai (Yokai Academy). Sekali dia tereksiden dengan awek ni, Akashiya Moka. Akashiya Moka ni seorang pontianak pun sama murid baru sekolah ni dan terasa amat teruja sekali bertemu ngan kawan baru. Dia g tau Tsukune yang sekolah ni untuk makhluk yang bukan manusia yakni monters laa, dan seorang maknusia tak leh skola kat sini. Alamak, apa plak jadi kat Tsukune tu? Dia kan maknusia biasa. Haaa ayooo...korang tengoklah sendiri penyudahannya~



Komen dari aku

Anime ni memang BEST. Nak kata berkonsepkan vampire, tak gak sebab segala mala makhluk ada dalam anime ni. Lagi satu, aku ingat anime ni boleh di kategorikan sebagai ecchi lah sebab anime ni jujur giler pakai skirt pendek angin tiup terselak sampai nampak sepender. Even Sailormoon yang sebelum ni aku tengok pun loncat sana loncat sini tak de plak nampak sepender kan? Pastu ada babak yang agak memeranjatkan aku sikit, tapi, not the big issue. Maklumlah, aku ni sebelum ni tengok anime yang suci-suci jer. Tapi, overall, memang best, fighting part, romance, klako semua ada. Ada part tu sampai aku boleh gelak macam tengok lawak Sepah.

***********************

ROSARIO + VAMPIRE CAPU 2

Musim 2

Komen dari aku

Season 2 ni pulak tak de lah banyak beza pun dari siri sebelum ni. Cuma ada sikit penambahan watak, macam timbulnya adik Moka yang macam haram punya perangai. Dan lagi satu, kelawar yang selalu bagi tempoh masa Moka mengalahkan musuh dia tu dalam siri sebelumnya tu.


Adik lain mak. Shuzen Kokoa.

tu kelawar yang bertenggek kat bahu Kokoa dah transform jadi maknusia. Kotaro Ijuin. Bajet hensemlah!

OP + ED yang korang leh dapat dari single ni

****************************
Watak-watak:

Aono Tsukune
Satu-satunya maknusia yang belajar kat Akademi Yokai. Selalu pagi-pagi sebelum masuk sekolah dan akhir episod, darah kena hisap dengan Moka. Selalu kena gangguan seksual. ahahahhh. Dia je yang leh tarik rosary a.k.a salib yang tergantung kat leher Moka untuk Moka mentransformkan diri menjadi pontianak.

hahaha, macam maneh je aku tengok.

Akashiya Moka
Dia ni sebenarnya seorang pontianak. Bila salib dah tanggal, lemah lembut dia hilang entah ke mana. Sekali dia sepak, masuk ICU kau!

 Bila salib dah tanggal. Segala-galanya besar. Mana satu korang prefer? Bagi aku yang ni nampak cool. Boleh jadi lagi gerun dari Tsunade.

Kurono Kurumu
haiyo ini awek banyak bahayalah. Seorang succubus ataupun setan fomfuan. Dok berebut Tsukune dengan Moka.

tranformed.

Yukari Sendo
Dia ni paling muda antara mereka diatas. Disebabkan kepandaiannya, tu yang dia belajar sama tahun dengan watak yang lain. Seorang ahli sihir. Selalu jadi cari pasal dengan Kurumu. 

Shirayuki Mizore
Watak paling kool sekali. Selalu nyonyot lollipop. Emaknya pun sama. Emak dia dengan emak Kurumu rival dari dulu lagi. Aduhh, memang kelakar time tu.

Toujo Ruby
Watak feveret aku. Dia ni macam sengal-sengal sikit. Seorang ahli sihir, tetapi bukanlah pelajar Akademi Yokai.

Morioka Ginei
Pervert untuk anime ni. Selalu amik gambar curi-curi kat bilik persalinan fomfuan. Kengkadang, meraba pun ada. Presiden Kelab Akhbar dan juga seorang serigala jadia (werewolf)


Siapa yang tak tengok lagi, boleh lah tengok. Jumlah episod tak de banyak sangat, kedua-dua siri dalam 13 episod. Kau tengok satu malam pun boleh habis.

Rate: 4/5




Wednesday, 5 June 2013

Anime Meme #01





Orochimaru, Uchiha Itachi (Naruto), Makimura Kaori (Angel Heart), Maes Hughes (Fullmetal Alchemist)

Friday, 17 May 2013

Jenjalan Melaka dan Dewan Freemason

Halu u olls...

Memandangkan hari ni aku agak relaks sikit, jadi nak ringankan jari yang tak berapa nak runcing ni leww~

Hujung bulan lepas, yakni bulan 4, member aku kawen. Dia ni senang cite childhood friend lah. Dari zaman kami tinggal kat PULAPOL (bapak pulis) sampai ke Cheras. Masuk darjah 4 dia pindah Melaka. Kampung dia. Tahniah aku ucapkan.

Haaa...nak dipendekkan cerita, aku amatlah berterima kasih terhadap member aku ni kerana sudi jemput DAN inilah kenduri kawen yang agak jauh aku pergi ni. Ye lah, biasanya sekitar rumah je. Paling jauh pun Batang Kali je bulan 2 hari tu. Aku pun bukannya rajin sangat berjalan ni. Adik aku, sampai ke Terengganu semata-mata nak attend kenduri kawan dia. Lelaki, even mak aku pun tak kisah.

Aku pun lama tak jenjalan Melaka. Kali terakhir bila ye? Form 3 kot (2003)?

Ok, berikut adalah yang sempat aku ambil.


Dewan Freemason.

Aku rajin juga baca artikel pasal kejadah ni kat internet. Ntah, kengkadang aku percaya, kadang tak.







yang ni aku pergi time pagi. Pagar tak buka lagi. Petang semalamnya aku ronda2 dengan mak, pagar buka. Ada 2 biji kereta parking kat dalam.

Di fahamkan terdapat 14 buah dewan freemason bertapak kat Malaysia yang indah ini. Bapak banyak. Aku memula baca, tak caya dowh. Bila dah jumpa cam ni, caya lah kot~ Apa ye yang ada kat dalam tu? Kalau aku singgah petang semalam tu, boleh gak lah aku sekodeng. haha~ dahdahdah...!

Dewan ni berhadapan dengan Sekolah Tinggi Melaka.


Lepas tu, aku ada ambil gambar2 sekitar, dan terus balik KL. Bai-bai!













Friday, 3 May 2013

Suka rambut merah

 


Kalau sebut pasal rambut, memang fomfuan ni yang jadi idola aku. Nak-nak lagi kaler merah. Mungkin sebab feveret kaler aku kaler merah, so semua yang ada sekeliling aku haruslah berkaler merah. Kelas!!

Serius, aku memang nak kaler rambut kaler merah. Tapi, mana ada inai warna merah! miehihihi. ye kot? Jadi, jangan nak ikut rasa hati, nafsu nifsi bagai. Kelak nanti, diri sendiri yang susah. ye lah, mana tak nya. Aku fikir satu situasi ni je;

Aku memang tak reti buat sendiri, maka aku akan pergi saloon untuk mengalerkan rambut dari hitam kepada merah. Lepas keluar dari saloon, di takdirkan pulak aku kena langgar basikal.

Mati.
Ok. Di pendekkan cerita, time nak mandi jenazah. Mak aku tengok, rambut merah ni. Nak mandi tak lepas. bwahahahaahahhhhhh~~~~

Wallahhualam.

ish, tak beranilah aku!

Ada beberapa watak anime yang sangat aku suka. Dan dia berambut merah!


Erza Scarlet dari anime Fairy Tail.
terer berlawan dan tak gedik macam Lucy Heartfillia tuh!


dan haruslah ini fomfuan~~ 

ok. Yang ni aku tak suka. Cara dia pikat Sasuke geli hokkay! hahahahhh~

asal kau nak ngorat Sasuke je, kau buka spek. Hot keww?

Tsunade punya nenek yang jadi rebutan antara Hashirama a.k.a Hokage Pertama dan Madara. Sebab tu diorang perang kot. (tipu?)
Memang yang datang dari puak Uzumaki, semua rambut merah ye?