Tuesday, 18 December 2012

[Event] Culture Japan Night


Bila: 24 Disember 2012 (esok kan public holiday, bolehlah ber-night-night)
Jam: dari 5 petang - 10 malam (korang boleh datang dan blah bila-bila masa)
Bayaran masuk: RM20.00
Kat mana?: Menara PGRM, Cheras. (siapa orang Cheras, mesti tau ni, sebelum AEON Maluri)
Parking: RM5.00 (sekali masuk)
Cara nak pergi: Naik LRT STAR turun Maluri. Jalan kaki sikit je. Lintas elok-elok. Kiri-kanan-kiri.



Tujuan Danny Choo buat event ni adalah mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama Otaku di samping dapat berjumpa fans tegar dia. ececece...

Korang boleh datang dengan pakaian sempoi-sempoi ke, baju batik ke...*ngahahha* Nak ber-cosplay pun boleh!

Kalau korang ada set Moekana yang korang beli kat AFA MY hari tu, jangan segan silu bawa. Boleh battle. hahahahhh....



Sebelum tu. register SINI -----> CULTURE JAPAN NIGHT MALAYSIA 2012 WINTER

Untuk maklumat lanjut, ------> KLIK

Monday, 17 December 2012

Vavi kau...!!

Ini entri tak ada kena mengena dengan maki-memaki, mahupun Maaki Onaga, bekas vokalis HIGH and MIGHTY COLOR dulu.

Lain kes di Times Square juga, kes jamban aku dah tutup, ini kes di mana kita boleh membeli barangan murah di Times Square. yeaahhhh...

Alkisahnya, aku memang sedang mencari cover ataupun casing tablet 7" ni. Dah calar-balar dah aku tengok tablet aku tu. Maklumlah, tablet murahhh...Aku beli via Groupon bulan 9 hari tu.

Sebelum ni, aku cari kat AEON Cheras Selatan kerana itulah sumber terdekat aku. Mahal gila kau! RM80! Tak mau lah kannn...

Pas tu terjumpalah cover murah kat Times Square ni. Bangla tu kata, buy 1 free 1. Wahh...Tak mau lah sampai 2. Tablet aku bukannya mahal. Buy 1 free 1 tu harganya RM65. Aku minta nak beli satu je. Dapatlah harga RM45. yaayyyyyy...*walaupun hati tak melonjak mana*


Faveret kaler aku; merah hitam. Cantikkan?

Aku sampai rumah je, terus sarung. main game, peluk-peluk...Gitu kauuu....Pastu aku nonton Pokemon. Season 1. Baru download time bosan-bosan kat office. Dah run 2 episod. Sekali tu...

"Apa ni? Apasal nampak bintik-bintik tiga seperti kulit babi ni?"

Lantas ku menggapai henfon dan gugel 'Casing kulit babi'. 

Aku punya cover, bintiknya sama macam ni. eeee...*terangkat bahu sikit*

Aku gugel-gugel. Baca sikit artikel. Memang betul.

Pastu, aku cabut, bungkus balik. Esoknya, lepas balik keje, rush dari Subang Jaya, terus ke Times Square, tukar.

Nasib baik boleh tukar! hehehe...Buat muka sememe sikit...Amoi tu pun cakap, semua yang dia jual tu, jenis macam tu. Aku tak lah menuduh, dia tahu tu kulit babi, pastu main menonong je jual. Tak. Aku syak, diorang mesti tak tau punya. Termasuk banla yang approached semalam. Baikkan aku. Bersangka baik gitu!

Aku tukar, aku ambil yang keras punya. Tak ada unsur kulit babi mahupun kulit lembu situ. Plastik punya.

Mohon korang semua alert tentang benda ni. Salah aku juga, dah tau murah, main serbu je!


gambar semua dari carian Google, kecuali yang screenshot FB tu!

Monday, 10 December 2012

[Kontes] Segmen: Cari Followers by Nakahime

Hi nokss...!

Hari ini aku join ini contest:

Hei, nak lari pergi mana tu?

Jom join kat SINI


*penganjur pun macam sama ngan kita jer?*

Friday, 7 December 2012

[Event] Comic Fiesta 2012

MARI-MARI KE COMIC FIESTA 2012


Masuk kena bayar. Sekarang ni, tiket 'early birds' sudah habis. Sekarang tinggal tiket biasa yang akan dijual di muka pintu. teheeeheee...

Harga tiket:

Siapa cepat, dia dapat. Sekian Terima Kasih!





*sahaja aku pergi ke Comic Fiesta 2012, kerana Mirai Suenaga*


CF '12 - Isu TnG Mirai Suenaga

*aku sibuk gila, tapi aku curi masa sikit*

Ok Otakus! CF '12 atau Comic Fiesta 2012 nak dekat dah ni. Nanti aku update bila dan di mana.

Sekarang ni masalahnya ialah, itu hari selepas AFAMY (Anime Festival Asia Malaysia), Danny Choo ada announce yang dia akan launch kad Touch and Go (TnG) edisi Mirai Suenaga.

Siapa pergi AFAMY, dan dia adalah pengguna tegar TnG, mesti makan dalam tengok ni.

Time dia pamer TnG tu macam dalam gambar kat atas ni, semua request nak...nakk...kat mana jual...aku nak beli...Pastu Danny ni cakaplah yang dia akan jual TnG versi Mirai kat CF '12 bulan 12 nanti. Wahhh, semua dah calm down dan tak sabar nak tunggu CF '12 untuk kejadah ni jer.

Baru-baru ni plak, Danny citer yang pihak TnG tak boleh nak keluarkan TnG edisi Mirai untuk CF'12 ni. Pulakkk....Hei, orang dah mengidam dari AFA MY hari tu.

So, korang, kalau nak TnG edisi Mirai Suenaga ni berada di CF '12 ni, jom sign petition ni:


Then, korang punya sign akan dihantar terus ke TnG Malaysia. Ayuh, mara!!!

Aku dah. Kau sudah?

Untuk versi Harimau Malaya juga!