Saturday, 1 September 2012

Selamat Hari Merdeka!

Wahaiiiii rakyat Malaysia! Selamat Hari Merdeka aku ucapkan kepada semua. Wah, sekarang ni nak raikan kemerdekaan lama sikit. Tak macam dulu, lepas 31 Ogos je yakni masuk 1 September, dah lupa Merdeka ke hapa. Ni sekarang dah extend sikit, even 10 September pun aku still rasa lagi bahang Merdeka! Hahahaha...

....*sambung balik* dan kemerdekaan kali ni agak kontroversi sikit. Eceh! dah gaya artis pula! Mana tak nya, dengan isu logo Merdeka yang budak baru kenal komputer pun boleh buat.

Duhhh! Lawa lagi yang dah season tu!

Tema tahun ini 'Janji Ditepati'. Aku pun dengar macam-macamlah korang cakap; 'Janji Ditiputi', 'Janji Dicapati'....hahahahahh gelak je aku.

Lagu 'Janji Ditepati', lagilah tak boleh blah! Siap parodi lagi. Haaa, carilah kat youtube tu!

Pastu, nak tukar Jalur Gemilang kepada bendera yang tah pa pe!


Aduyai, dah elok, beridentiti plus, cantik Jalur Gemilang tu, kau nak ubah kepada bendera tu pulek! Mau seumur hidup aku asik muntah je kalau ubah kepada bendera tu. PUIIIHHHH! *ludah awal-awal*
Dikatakan, bendera had bawah tu merupakan bendera yang direka khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan suatu masa dahulu. hmmm... *buruk hokkay!*

Korang jangan tak tahu, bendera kita gak pernah di sebut dalam 1 scene dalam anime Daily Lives of High School Boys episod 3. Tak caya? Meh tengok!

kan...kan...?

Sat tadi member aku pos video kat FB. Video tu menunjukkan orang pijak gambar PM Najib. Duhhh lagi! Kejadah apa lah korang pijak gambar orang tua tu? Kalau tak suka, tak payahlah sampai nak pijak-pijak. Tak hormat orang langsung. Banyak je cara sopan yang boleh kau tunjuk kalau kau tak suka kat orang tu. Aku rasa lah, orang-orang yang pijak ni lah antara orang pertama yang mencicit gi amik BR1M. Bukan orang pertama pun, mesti dia orang yang paling dok kalut kalau kerajaan tawarkan wang free ni! Ngong!

Oklah. Pinggang dah sakit ni. Maklumlah, duduk kat kerusi yang tak de sandar. hehe. oh, Selamat Hari Raya juga! Maaflah sebab sibuk banyak, tu yang tak dan nak update blog.