Friday, 18 May 2012

Mochachino satu!!

Lunch dan aku kempunan rotiboy. Aku menggagahkan diri menuju ke Subang Parade. Dah sampai rotiboy, aku pun menghoderkan diri.

"Mochachino satu!"

Cashier India tu pun jawab, "haa?"

"Mochachino satu!" seraya membongkokkan badan sedikit sambil membuat angka satu dengan menggunakan jari.
Lantas, aku terfikir, "apasal panjang sangat nama roti dia nih? bukan ada 'boy' ke kat belakang?" Aku dongak sikit tengok menu.

"Halamak. Mochaboy lah!" gesa aku dalam hati.

"teheee, mochaboy satu....mochaboy satu...!" aku cakap kat cashier India tu. Malu dowh....!

Dah bayar, terus berambus selaju-lajunya. Tengah jalan berfikir, "dari mana aku dapat perkataan mochachino ni yer?"

"....ohh, dari instant coffee kaler perpel (colour purple) yang selalu aku beli kat K4 (carrefour) tu...nama dia mochachino..." nampak sangat aku dah lama tak beli dek kesuntukkan wang.

"hahahahahahah"



*sori gambar takde. malas hakak nak senep (snap). Tengah makan nih!