Thursday, 19 April 2012

Gila!

Yuhuuu *sambil bersihkan blog yang berhabuk ni* Lama gak aku tak publish blog. Sibuk der, kerja melambak-lambak.

Tapi, dalam sibuk mana pun, aku sempat main satu game kat FB ni;


Siapa pernah main? Best wooo....! Selalunya, malam aku balik, dah setel mandi semua, aku akan on PC, then terus tengok anime. Sekarang dah jadi lain dah. On PC, log in FB, terus main CastleVille sampai tertidur-tidur. Tetiba dah lupa anime. Aku sekarang ni follow anime kat Animax je lah.

Balik rumah, kalau naik public transport, biasanya sampai pukul 8.30 malam. Paling lewat pun, pukul 9.00 malam. Then, terus melekat depan tv tengok Naruto kat Animax. Habis tu, mandi, solat Isyak semua, baru on PC, main sampai tertidur. Setakat ni, belum lagi lah sampai masuk dalam mimpi. Hehehehehehhh~

Biasanya, aku kalau buat kerja sampai tertidur, macam hari tu dengar lagu NICO Touches the Walls, dok bayang-bayangkan wajah Tatsuya Mitsumura, manalah tak termasuk kan? hahahaha~

Screenshot sikit. Haaa, yang fomfuan berdiri tengah-tengah tu, aku ler. Hebat tak? kihkihkih~