Tuesday, 27 March 2012

Menang L'Arc~en~Ciel Tiket Konsert!

Bro...bro...bro...*gaya panggil cam tupai dalam iklan Pos Malaysia* Kepada fans yang gilakan sangat L'Arc~en~Ciel ni, mamat-mamat ni semua akan buat konsert kat Singapura. "Aih, Singapore~~"
Eih, Singapore pun dekat gak. Naik KTM, bas pun leh sampai gak kan? Cuma duit la kena kasi lebih sikit. OK, itu semua takkan jadi masalah sebab korang semua kena amik peluang niiii!!!

haaa, kau! Kasi besar sikit. Baca lah atas tu!

Yang penting sini, korang MESTI tonton ANIMAX dalam pukul 7ptg - 9mlm & 10mlm - 12 tgh mlm. Liarkan mata korang untuk tangkap salah satu watak dari anime Hunter x Hunter ni. Pastu, daftar/masuk website Animax untuk jawab soalan.


Contohnya macam aku buat ni;

Isi korang punya particular

Isi tarikh bila korang tengok/nampak watak tu keluar.

Klik siapa yang keluar waktu tu.

ehhhemmm, bukan jawapan sebenar.

Tadaaa...setelll!

Haaa, korang! Apa lagi! Peluang dah ada. Grab sajalah. Dapat tak dapat, lain cerita. Aku ni, saja je gatal nak join. Aku bukannya peminat tegar L'Arc~en~Ciel. Yelah, aku kan bakal bini Tatsuya Mitsumura, mana boleh suka-suka je sepot (support) band lain. *ehh, ada yang dah muntah seploh baldi ker?* haahhahahhh...

L'Arc~en~Ciel.

Selamat Tinggal Peluntur.

Hari tu aku ada baca yang Kubo Tite nak buat last arc untuk manga.

Aaa, siapa Kubo Tite?

Kubo Tite tu creator anime Bleach. Yaaa, aku sekarang ni bercerita pasal anime Bleach!

oohhh, maklumlah, lama tak update.

ok, ok, sambung balik. Ya, Encik Kubo Tite akan berkarya untuk arc last untuk manga. *Sorry, aku tak baca manga Bleach.* Dan, semalam, aku dapat tahu yang anime Bleach akan ditamatkan pada episod 366, iaitu episod akan datang nih. Dan reaksi aku; "uihh, really? aku baru download episod 364 dan 365. Tup, tup episod yang akan datang ni pula jadi episod akhir."

Memang patut pun. Bukan aku nak kata, Bleach ni sudah semakin boring atau merapu. Tapi, patut di tamatkan pun. Sepatutnya anime ni tamat lepas habis Arrancar Saga kot. Korang tak tau, cam mana seksanya aku nak habiskan part tu. Sampai tertidur-tidur tengok.

Sekarang ni, aku still lagi sangkut, tak tau lah episod berapa, tapi yang part Nozomi si rambut kaler hijau tuh.

ntah hape lah si Kon tu nak dari awek nih?

Gila ketinggalan aku ni. So, apa-apa hal, tunggu dan lihat sahajalah. Mungkin diorang nak buat filler ker, atau nak buat Bleach bahagian 2 ke, macam Naruto. Maklumlah, Bleach dan Naruto kan dalam produksi yang sama. 

Jantung hati ku dalam Bleach; Ukitake Jyuushiro. 

dan Abarai Renji. Menggelabah sikit mamat ni, but still hot!

Friday, 9 March 2012

#Event - Animax Carnival 2012


Apa ni?: ANIMAX Carnival 2012
Bila: 10 - 11 Mac 2012
Mana: 1Utama (New Wing), The Oval, Kuala Lumpur
Kemasukan & Waktu: [10 Mac] Pelanggan Astro Variety : 12 tengah hari - 6 petang
[11 Mac] Pemegang Kad OneCard : 12 tengah hari - 3 petang
Orang Awam : 3 petang - 6 petang

Karnival ni julung kali diadakan di Malaysia oleh Animax. Wow, teghujanya aku! Macam-macam aktiviti akan diadakan. Pada yang kaki cosplay tu, memang ni lah korang boleh pulun. Mana tak nya, dapat hadiah duit. Dalam US dolar pula tu. Untung siapa yang menang tu.

Tu ha hadiah dia. Gilos! Jurinya, ani-mates; Alodia. Mak aii. Dia ni ratu segala cosplay. Macam-macam dia boleh jadi.

ni ler Alodia. Orang Filipina. Ni dia cosplay jadi Kagome (Inuyasha). Pernah aku tengok kat Animax, dia jadi Haruhi Suzumiya sebab nak promote Haruhi musim 2. 

Biasanya, cosplayer yang mai dari tanah Asia biasanya, memang menjadi kalau bercosplay cenggini. Kalau biasanya kat sini aku tengok, budak-budak Cina memang win kalau bab cosplay ni. Melayu pun apa kurangnya kan? Tapi tak banyak. Jadi tu boleh lah. Kalau tengok pun, tak de lah geli mana pun.

Cuba korang tengok cosplayer mat saleh. eiii, geli aku tengok diorang ni bercosplay. Dengan badan besarnya. Tang hidung memang tak boleh blah. Mana tak nya, watak anime pun bukannya hidung mancung sangat. 

Haha. Putih sangat lar. Elok korang jadi watak Barbie and the Swan Lake ke, Jimmy Neutron ke, Ben 10 ke, barulah jadi gilos-gilos.
Watak: (dari kiri) Tenten, Kankuro, Uchiha Sasuke
Anime: Naruto

Ni barulah ada selera nak tengok.
Watak: Tenten (watak feveret aku)
Anime: Naruto Shippuuden

Insya Allah, aku pergi. OU (1Utama) ngan Cheras bukannya jauh sangat. Nanti aku upload gambar menarik untuk korang. Eh, lupa, Alodia cuma ada masa hari Sabtu jer. Hari lain dia tak de. Tu yang special untuk pelanggan Astro Variety macam aku. Hihi~

*ouh, aku lupa plak nak upload gambar masa Berjaya Founder's Day*

Thursday, 1 March 2012

Semalam yang hiba.

Semalam, 29 Februari, tarikh yang korang akan jumpa setiap 4 tahun sekali. Happy Birthday kepada sesiapa yang menyambutnya.

Semalam, perginya seorang bapa kepada kawan kita, Nurul Ashikin bt Nordin (Shikin). Emak aku bagitahu ada orang meninggal kat area blok dia. Tapi tak tau siapa. Emak aku suruh aku mesej dia. Aku ni, dah lah baru balik, mak aku demand macam-macam pula. Aku tau, Shikin pun baru balik juga, mesti dia malas nak jawab mesej aku.

Setelah dipaksa oleh emak ku tersayang ni, aku pun cari beg aku yang aku campak tadi.

'Salam, Shikin. Mak ak kte kt area umah ko ad org mnggl. Spe nu?' mesej aku.

'Bpk ak...' Shikin balas.

Terkejut aku. Aku terus bagitau mak aku. "Ayah dia mak!" Mak aku terperanjat. 'Tak sangka kot kawan anak aku punya bapa yang meninggal.' Aku agak la dalam hati mak aku cakap macam ni.

'Innalillah. Sory. Nnt ak ngn mak ak dtg.' aku balas.

****************
Agak ramai orang jugalah. Mak dia muka sugul. Kelihatan adik lelaki dia baca Yaasin di hadapan jenazah. Shikin, aku tak perasan lagi.

Dah habis aku baca, mak dan kawan dia tunggu kat bawah. Aku cuit adik perempuan dia.
"Shikin mana?"
"Kat situ," tunjuk. Aku tak nampak. 
Salam mak dia. Tanya, Shikin mana. Mak dia panggil. Lorh, duduk tepi aku rupanya. 

Aku dibawa ke bilik dia. Shikin nangeh-nangeh cerita. *aku yang taip ni terus muka panas macam nak nangeh* Arwah ayah dia ada kencing maneh. Dia baru beli produk dR Cendawan punya. Terkilan sebab tak dan nak makan. Dia boleh menyesal sebab tak beli awal-awal. Janganlah mu regret macam tu Shikin. Kita tetap berusaha, tapi, kalau dah sampai masanya, kita harus redha.

Sebagai seorang kawan, memang rasa sangat-sangat tangisan dia. Sebab, keluarga dia tak de lah jauh beza sangat dengan keluarga aku. Maksud aku sini, keluarga aku dengan keluarga dia adalah sikit persamaan. Sebab itulah, kesedihan dia, memang aku terasa sangat. Ianya  lebih pedih dari kematian hamster-hamster aku. *aku tak buat lawak, serius nih*

Persamaan aku dan Shikin:

Bapa: Ayah aku dan arwah ayah dia seorang anggota polis. Aku tak tau lah arwah ayah dia pangkat apa. Lebih kurang rasanya. Cuma, arwah ayah dia lebih muda dari ayah aku.

Ibu: Emak aku dan emak dia tak bekerja. Masing-masing boleh drive kereta sendiri. Itu yang membuatkan emak kami nampak cool!

Aku dan Shikin: Kitorang start kenal dari sekolah rendah lagi. Sekolah menengah pun sama. Cuma masa form 4, aku ubah angin berpindah ke sekolah teknik. Dia dengan aku adalah anak sulung.

Adik-beradik: Kitorang mempunyai 3 orang adik beradik. Sedia maklum, aku dan Shikin adalah anak sulung. Beza kat sini adalah, adik beradik aku seorang perempuan, iaitu aku, dan perempuan itu anak sulung. Manakala, adik beradik Shikin pula, seorang lelaki, dan adik lelakinya itu adalah anak bongsu. Semua dah besar-besar dah. Tiada yang bersekolah.

Disebabkan banyak persamaan ni lah yang membuatkan aku terfikir, 'macam mana lah kalau Shikin tu aku?' Aku pun agak risau juga sebab ayah aku pun dalam keadaan 'tidak bekerja' buat masa sekarang ni. Dah setahun. Aku sendiri pun, walaupun dah bekerja, beribu gaji pun, masih harapkan ayah aku lagi. Wallahualam.

Kepada Shikin dan keluarga, jalani hidup dengan tabah. Berdoa banyak-banyak agar diampunkan dosa-dosanya. 

Kepada kawan-kawan kita yang sedang baca, sedekahlah Al-Fatihah untuk arwah ayah Shikin, dan juga semua kaum keluarga kita yang telah meninggal. Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan bersama para soleh dan solehah. Amin.

AL-FATIHAH