Tuesday, 31 January 2012

Naruto Shippuden 246

Episod Naruto Shippuden yang di tunggu-tunggu ni dah keluar. Aku memang tak sabar nak tunggu episod ni. Episod kali ni berkenaan dengan manga bab 498: Mom's Red Hair. Episod/bab ni Naruto telah berjumpa dengan kaa-san (emak) dia. Hot wuuu.

Sebelum ni watak kaa-san Naruto atau Uzumaki Kushina di dedahkan dalam episod *tak ingat* masa tu Jiraiya flashback balik masa Yondaime (Hokage ke-4, Namikaze Minato) oto-san (ayah) Naruto ni nak bagi nama kat anak dia bakal lahir. Pastu, keluarlah seorang wanita mengandung berambut merah dari dapur tetiba je sebut "Naruto" sambil pegang perut dia. Aku masa tu, "ohhh, mak dia kaa?"

Berikut beberapa screenshot dari episode 246

Sesi pertemuan. Naruto ingat pompuan ni jelmaan Kyuubi dalam badan dia.

Yamato Taicho (captain) dan Killer-B pelik kenapa tetiba jer berhenti.

Sesi luangkan masa. Time ni lah aku tau yang Naruto perangai dia ikut perangai kaa-san dia. *masa baca manga*

Dalam episod ni juga ada dicritakan pasal zaman kanak-kanak kaa-san dia. Sama dalam manga. Tapi takde tunjuk scene yang ni:

hahahah...aku suka. Comel, bulat jer. *harap Kushina tak dengar, nanti mesti dia belasah aku!*

Minato selamatkan Kushina masa dia kena culik tu. uhuuuu...

haaaa, lagi satu! Korang perasan tak Naruto kalau apa-apa je dia cakap, mesti keluar perkataan "Dattebayo"? Kalau korang tengok TV3 punya, memang tak lah kan? Versi omputeh aku tak tau lah.

Sebenarnya, kaa-san dia pun ada gak trademark cam tu. Tapi, "Dattebane". Haahahah, comel jer!

Meh download sini: Thanks to cyber12.com

owhh, tak sabar nak tunggu next episode! 



Thursday, 19 January 2012

Gendou: Medan Mendownload OP/ED Anime

Kegilaan aku terhadap J-Pop/J-Rock bermula setelah aku menonton sesebuah anime tu. Memula minat kat FLOW. Diorang ni start sumbangkan lagu untuk anime Naruto. Ye lah, aku kan Narutomaniac! harharhar. Lepas tu, HIGH and MIGHTY COLOR untuk anime Gundam Seed Destiny dan Bleach. Memang gempak. Jadi, seseorang artis / sesebuah band tu kadang-kadang dikenali melalui anime (bukan setakat anime jer), drama mahupun insert song yang menjadi lagu latar bagi sesebuah rancangan.

Contohnya; lagu Home Sweet Home nyanyian Carrie Underwood untuk American Idol 8 (aku tengok sebab Adam Lambert) yang menjadi insert song untuk mengucapkan selamat jalan kepada peserta yang tersingkir.
Sama juga dengan lagu iringan pulang bagi Raja Lawak 4 dan 5 yang dinyanyikan oleh Ferhad dan Dina serta Zizang.

Situasi tersebut membawa aku untuk minat terhadap lagu-lagu Jepun.

Aku selalu download lagu tema anime kat Gendou. Memang updated website ni.

Hari ni, aku pergi, tengok, apa yang jadi:

Apa ni?

Setelah tekan jadi:

Ouh, menentang piracy ker dek nonn??

Eleh, lama-lama eloklah tu. Kankankan????

Tak perlu risau, banyak lagi website yang provide free download lagu. Tak kiralah lagu Melayu ke, Hindustan ke, Korea ke...Asal free, kita pun suka!

Ini FLOW. Latest single, theme song untuk anime Beelzebub. Aku kenan kat Keigo Hayashi. Mana satu? Tu haaa, yang rambut blonde tu. hihihi. *blushing*

Mari Bermekap Bersama Kak Michelle

youtube sekarang dah jadi satu platform bagi orang yang noob noob nih. Salah seorangnya, akulah! Nak pakai tudung pun tengok youtube. Alah, tudung yang panjang tu apa namanya? Shawl? hah tu lah. Takkan lah tudung bawal pun ko nak pakai sampai tengok youtube kan? Mau kena baling ikan bawal oleh mak aku.

Nak mekap pun ada. Hah, aku pun noob gak pasal mekap. Keluar rumah, just tempek conpact powder, sudah. Paling rajin pun, aku calit celak sikit.

Ada siapa yang tak kenal akak ni?

Sorry nokk. Ni bukan Marion Caunter. Ni lah Michelle Phan. Ratu segala mekap. Orangnya cantik. Tak mekap pun cantik.

Ni aku ada attach sekali 2 video tutorial dia mekap.

Akak ni mekap ala-ala watak dalam anime Chobits. *sorry sebab aku tak tengok anime ni*

Ada serupa tak?

Ini mekap ala-ala Nana Osaki dari anime Nana (Ai Yazawa). 


Nana Osaki versi anime (kiri) Nana Osaki versi live action dilakonkan oleh Mika Nakashima. (kanan)  

Dan korang boleh cekidaut banyak lagi jenis mekap dia.  Rupa Lady Gaga pun ada. hehehe. 
Lepas ni aku nak dia mekap camni pula:

Part mata tu yang aku tak boleh tahan! Cool!                                                             

Thursday, 5 January 2012

2011 - Antara Tuah dan Malang

Osssuuu...Hari ni nak imbas balik apa yang telah berlaku (kat aku) pada tahun 2011. Semoga ia menjadi iktibar pada tahun baru ini.

Hah, anyway, tahun ni tahun naga kan? Tahun aku le tu. Aku kan semangat naga. *tui* Lahir pada tahun 1988.

Kalau jumpa naga ni, nak minta kat dia nak jadi jutawan. Lebih kaya dari Pak Cik Donald Trump. Tapi kena kumpul Dragon Ball dululah! hihihi.

JANUARI
  • Dah berhenti kerja. Tak tau nak buat apa.
FEBRUARI
  • Aku jadi Sensei. Ummm, maksud aku, jadi guru tuisyen. Ajar form 1 & form 2 Geografi. Favourite subjek aku masa PMR dulu. Exited nokkk mak ajar!
  • Aku ada sertai kursus untuk graduated student yang tanam anggur. Macam aku. Elaun sebulan RM500. Sedap betul shoppingnya!
MAC
  • Teruskan hidup dengan berguru dan mengajar. Ulang alik dari Cheras ke Taman Sri Rampai. Sampai rumah pukul 11.00 malam. Mengajar punya pasal.
APRIL
  • Praktikal dik nonnn...Dapat kat Subang Jaya. Masa tu birthday mak #4 April. Aku boleh pula pau mak untuk minyak kereta dan tol. Dari Cheras ke Subang Jaya. Aku tau lalu Kesas je. Mak aii, tol dia buat aku sakit!
  • Mengajar lagi. Bayangkan, dari Subang Jaya ke Wangsa Maju pula. Jam teruk! Lalu Duke, tol lagi! Aku dah lah tak der duit! Terpaksalah redah jam. Sampai je, terus kalut solat maghrib, mengajar budak, muka horror macam ni:

MEI 
  • Praktikal. Dari Cheras ke Subang Jaya. Hahhahaha...time ni aku dah expert jalan. Ceruk mana aku lalu, mesti sampai. Aku dah tak lalu Kesas yang mahal tu dah. heheheh...Tapi nak balik tetap satu jalan. Haaa, part tu tension! Jam bagai!
  • Dah berhenti mengajar. Sakit pinggang aku hari-hari. Tu belum masuk waktu period. Lagi sakit makk!
  • Aku beli hamster baru. Nama ia Kentang. Beli dari mudah.my. Dapat harga murah sikit. Biasanya aku beli, RM18 seekor. Yang ni akuy dapat harga RM12 seekor. Jantan.
  • Classmate aku masa kolej dulu, Nurul dah selamat bersalin. Kat Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dia ni rajin update masa preggy dulu. Sampai scan baby tu pun dia upload kat FB. Sebelum aku balik, aku buka FB. Nampak status dia dah deliver kat PPUM. Aku apa lagi, nak balik sehala, singgah le. Kasi sepppraaiiisssee!!!
"Hai, nama saya Kentang!"

JUN
  • Bulan kelahiran aku. 19 Jun 1988 dilahirkan pada pukul 4.28 pagi di Hospital Parit Buntar, Perak.
  • Aku dapat kerja tetap. Kat company yang mana aku praktikal dulu.
  • Kakak yang sekali praktikal ngan aku pula deliver. Baby girl. (4 Jun)
  • Aku start mengajar lagi. Tapi hari Sabtu. Tak pe, janji ada pendapatan lebih. kan...kan...kan...!
  • Menghayati keindahan gerhana bulan bersama Kentang. Part totality tak dapat tengok sebab bulan dah lari.
  • Aku beli hamster lagi. Betina. Nama dia Keledek. Hadiah harijadi untuk diri sendiri.
Keledek. Baka Whited-Face Roborovski. Agak rare juga le yang cenggini punya.

JULAI
  • Nothing else, just kerja, kerja, kerja!
  • Kenduri aqiqah anaknya si Nurul kat Damansara. Dari Damansara terus ke Klang, tumpang rumah kawan, Amy. Mandi. Sebab petang tu kitorang nak pergi,
Best. Ini kali ke-3 aku pergi. Tahun ni aku nak pergi pakai yukata pula!

OGOS
  • Bermulanya Ramadhan, kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Serta nafsu bershopping!
  • Seminggu sebelum raya pula, iaitu pada 24 Ogos, aku eksiben (accident). Biasanya, aku pergi kerja bawa kereta Kancil. Hari tu pula, mak aku ada appointment nak pasang seat belt belakang. So, aku terpaksalah bawa kereta Wira. Aku tak suka sangat Wira sebab besar, rendah, susah sikit nak kawal. Boleh pula hari tu eksiben. Dan kebetulan pula lesen aku mati pada hari tu. Aduh, memang teruk. Ianya membabitkan 3 kereta! Ceritanya, kereta depan sekali tu nak elak sebab ada orang melintas, kereta yang kedua, yakni depan aku tak dan nak brek, pamm, langgar kereta yang first. Aku pula, dah brek, lambat pula makan dek nonnn, pammmm juga. Habis depan hancur. Menggigil-gigil kaki aku keluar dari kereta. 
  • Esok pergi kerja naik KTM. Rasalah kau sardin tu macam mana. 
  • Raya. Balik kampung naik Kancil. *Padan muka kau!* Mujurlah 2 orang adik aku tak ikut sebab tuntutan kerja.
SEPTEMBER
  • Selepas sebulan setengah, kereta Wira dah boleh keluar dari bengkel. Fuiyoo, macam kereta baru!
  • Aku pula, semakin selesa naik public transport. Sebab, kalau jam, aku boleh tidur. Mesti para drivers sakit hati tengok aku tidur dengan muka penat dalam bas Rabbit (Rapid) KL tuh. harharhar. Kadang-kadang aku pergi naik kereta. Aku pula sakit hati tengok orang tidur nyenyak dalam bas tuh.
hahaha, tak de lah nyenyak sangat macam ni. Nyenyak sangat kang bahaya bagi anak dara suci macam aku nih. hihihi~
  • Sampai ofis. aaaaapa ni? Empire Shopping Gallery yang betul-betul depan ofis aku ni meletup. Habis berdebu meja. Ada yang aku dengar, sampai siling jatuh. Kuat benar!
Diambil dari ofis aku.

OKTOBER
  • Tak der apa yang menarik. hehehe~
NOVEMBER
  • Handphone aku hilang. Kena copet ngan Indon kat Central Market. Malam tu jugalah aku buat sim card baru. Mana tau dia gi roaming ker, tepon mak dia kat Indon. Sampai je bil, terbeliak RM500. Tak mo, tak mo. Itu perkara pertama yang korang perlu buat kalau handphone korang hilang. Itupun kalau korang pakai postpaid lah. Aku memang risau part tu.

Ni ler handphone tu. Oringinal set. Kalau jual pun mungkin mat tuh dapat RM400 kot? banyak gak kan. Lantak kau lah. Janji aku dapat block sim aku secepat mungkin!
  • 100% Gempak Starz 2011 kat Sungei Wang. 2 tahun sekali je tau event nih. Memang best. Masa ni lah aku nak borong semua komik Gempak Starz dan berjumpa face-to-face Keith, Kaoru, Nishiki, dan ramai lagi. Teringat dulu masa pergi ngan geng-geng kolej dulu. Kan...kan... Acha kan?

Ni baru separuh hasil yang diborong. hihihi~

DISEMBER
  • Classmate aku masa sekolah menengah. Farhani, nikah. Aku sempat lagi took halfday sebab dipaksa oleh dia semata-mata. Aih, yelah-yelah. Hari Sabtu, 3 Disember kenduri.
  • Esok harinya pula (4 Disember), Usop, classmate aku masa sekolah rendah pula kahwin. Alhamdulliah, cepat ye korang sampai jodoh. hehe. Aku doakan yang terbaik untuk korang! *ok, jangan tanya aku pula bila*
  • 27 Disember - Kentang meninggal dunia. Aku tak tau sebab apa. Aku balik kerja, tengok ada banyak semut hurung ia. Tak gerak. Aku sentuh badan ia, dah keras. Aku sampai rumah dalam pukul 9.00 malam, di anggarkan mati dalam pukul 7.00 malam kot? *Kena panggil Detektif Conan nih* Aku tengok Keledek duduk je dalam rumah. Tak tahu nak buat apa. Aku letak beg, ambil kain perca, balut bangkai Kentang. Ketuk rumah jiran pinjam cangkul. Mencangkul aku malam-malam kau! Tanam elok-elok. Taburkan sikit serbuk kayu, *ala ala bunga mawar gitu*. Siram dengan air mataku. *ceh* Cuci sangkar yang penuh dengan semut *padan Keledek duduk je kat dalam rumahnya*. Pukul 10.00 malam baru settle. Aku mandi, solat, tidur.
Kubur Kentang.
  • 2 hari selepas tu, aku dapat parcel. Buka. T-shirt! T-shirt Ombak Rindu nokkk! Baru aku ingat aku ada join contest untuk dapatkan tiket free. Tapi tak dapat tiket, dapatlah t-shirt! Ok le tu kan! Minggu depannya pula aku ada dapat SMS. Suruh aku collect hadiah kat ofis kat Bukit Damansara. Wahh, aku menang produk Safi rupanya. Banyak woo, kira-kira RM200 la harganya. 3 bulan aku jimat. Tak payah nak beli, pencuci muka, toner, pelembab. Dah siap stok 3 bulan. hahaha~
  • Sambutan tahun baru aku kat rumah jer. Berdoa banyak-banyak agar tahun ni, hidup diberkati. Kerja pun harap gaji lagi up. Hope dapat tawaran baru ker. hihihi...
Inilah yang terjadi kat aku tahun lepas. Tak de yang seronoknya. Lepas ni aku nak list pula, apa yang aku nak achieve pada tahun ni. Hehe. 

Wednesday, 4 January 2012

Hari Pertama Persekolahan

Masa aku dalam bas, nak pergi kerja, simpang Taman Len Seng yang ada Petronas. Sebelah tu ada Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik (maaf, kalau salah nama. Aku sendiri pun tak tau). Mak aii!! Banyaknya kereta. Penuh. Kat Petronas pun sekali depa bantai parking.

Dengan panorama sebegitu, tang tang tu aku teringat masa hari pertama aku sekolah dulu. Aku sekolah tak de lah pindah randah macam adik aku. Aku tak nangis. Yayy...aku tak nangis. *Bangga di situ!*

Tengok kengkawan yang lain. Baju baru wooo....kasut Sparx wooo...Beg ada roda!!
"Ayah kittew yang beli niyy. Cantik tak?"
"Eh, beg kau ada roda. Senang lah ehh..."
"Beg pawer renjes. Lawa wooo"

Part sekolah rendah dan sekolah menengah, ok. Kawan cepat je dapat.

Masa aku form 4, aku pindah sekolah teknik. Haaa...masa tu memang sedih. Sebab, aku tak der kawan! Mana tak nya, aku sorang yang pindah situ. Yang lain semua lelaki (dari sekolah yang sama). Takkan lah aku nak keluar rehat, petang-petang jalan-jalan ngan  diorang kot kan? Mau aku balik dorm kena sebat ngan kakak senior yang ngeng!

Part masuk sekolah teknik tu yang macam hampeh. Nak patah balik, NO! Malu ada, menyusahkan pun ada. Dah lepas 2 minggu tu, barulah ada kawan dan kroni sendiri. Lepas beberapa bulan, naik 'tocang'. Hahahahahhh~

Zaman sekolah memang best. Tapi, zaman kerja LAGI best! Ada duit sendiri wooo...! Tak menyusahkan orang lain. Tapi, hujung bulan, baru cari orang lain. "Pinjam 50. Kang gaji clear, bayar balik!"

Tuesday, 3 January 2012

Salam Pengenalan!

Hai, semua. Maaf lambat update sebab ada masalah dengan internet sikit.
Macam mana dengan tahun baru korang? Dah ready nak tunaikan azam korang tu? Hahahahah~
Aku pun ada azam juga. Salah satunya adalah nak habiskan semua anime yang aku belum tengok lagi. Banyak! Tapi anime yang lama-lama punya dari tahun 2008 lagi. Sebab masa tu aku further study. So, aku stop dulu. Lepas habis study, aku sibuk pula! Kerja...!

OK, nanti aku update lain. Tengah pening kepala nih!

Pening kepala nih!! Power mata dah naik sampai pecah spek!