Thursday, 14 June 2012

# AFA MY 12 : Bhg 1 - Moral


"Eh apa ni Pzah? Kau belum cerita lagi, tetiba masuk moral plak! Kau ingat ni sekolah? First period pendidikan moral!!"

Sabar dulu. Biar aku cerita dulu.

--

9 dan 10 Jun lepas terjadinya acara Anime Festival Asia yang julung kalinya diadakan di negara kita yang kengkonon aman dan sentosa.Sebelum ni dia buat kat Singapura. Tahun lepas FLOW datang performed kau tau!! Kat Indonesia pun buat lagi. So, next bulan September ni, AFA jengah Indon! Indonesian jangan lupa pergi tau! Seronokkkkk~

Nak masuk sini kena ada tiket. Hapa kau hingat, pereee (free)??? 


Nak di pendekkan cerita, seat kau tak boleh pilih cam kau nak tengok wayang. Kau pilih nak row mana, straight kau dapat seat.


Aku dapat seat row kanan J46. J dowh! mesti belakang. Tensi hakuuuu...

Di pendekkan lagi, yakni hari acara *bahasa Indonesia plak* biasanya  9 - 10hb period aku sampai. Tengok-tengok tak ada. So, kau nak layan konsert ke, tak ke, even kau sakit pun kena gak solat kan? Aku pun penat masa tu dok ulang-alik antara AFA dan Ekspo Belilah Barangan Buatan Malaysia tu. Last-last lepas Asar aku malas dah keluar surau. Member aku ni pula mesej-mesej suruh ke mari. Aku kata malas dah, lepas Maghrib baru aku keluar. Biarlah, lambat pun lambat, janji aku solat. 

Sambil-sambil nak tunggu Maghrib, aku duduk saja, bosan, aku cari Al- Matsurat. Tak de plak. Aku pun bacalah Yasin. Dah habis, duduk saja lagi sambil mengusha tangan siapa yang ada tag.

Dalam tanya-tanya tu, dapatlah kawan baru. Hihi. Tanya lagi, tak de pun yang pergi. Huhuhu, nampaknya, aku soranglah nanti. Malam-malam lak tu jalan.

Dah selesai solat, jumpa sorang ni. Tengah masukkan telekung dalam beg. Haku pun tanyalah, "pergi konsert tak?" dia pun jawab, "pergi!" wah, seronoknya aku. Ada gak la teman buat jalan ke konsert. tak de lah risau. Semasa jalan, masing-masing tanya, "datang sorang ker?" Kawan tu ngan kawan dia, tapi kawan dia period. Jeles mak tau!! Aku pun tanya, "ni datang mesti nak tengok FLOW kan?" Semua iya kan aje. Ah, seronoknya!


Masuk dah, kalut cari seat. Aku pun carilah seat aku. J, pastu no 46, mak aiii....hujung dowh. Ahhh, lecehlah  ! Ni mesti aku kena jadi zirafah ni. Seat aku hujung, tepi pagar. Agak jauh ke centre gitu! Aku pun usha seat lain. Ada tepi ke centre, aku pun duduklah. Selamber! Seat G kot tak silap aku. Pergh, gila depan!

Sepanjang aku duduk kat situ, tak de siapa pun yang tuntut, "hei, ni tempat aku!" , "hey, this is my seat," takder. Orang lain semua tak peduli. Janji enjoy. Aku pun bersyukur sangat sebab, walaupun belakang sikit, tapi aku boleh dapat nampak jelas wajah artis semua.

So, kalau aku masuk awal, tinggal solat, aku mesti duduk kat seat aku tu pastu jadi zirafah. Aiii, tensionmaknak!!



#ntah hapa la aku merepek nih! 

7 comments:

::cik asha:: said...

konsert ape ko pegi ni beb...hazama ada tak? HAHAHA..

Hafizah Haruno said...

bacalah siapa artis line up tu. Hazama tu kau carilah kat Mania. eh, dah habis rupanya Mania. Hafizah, eh silap lagi Hafiz yg menang! hahahhaha

Anonymous said...

Still a cherish moment...
Enjoy!!
-BouncerAMG

Hafizah Haruno said...

Oyaji!!

M.Faiq63 said...

kawan ada pergi, diorg jd cosplayer, nak pergi tapi bajet tak cukup....huhu arap taun depan dpt la....flow nyayi lagu naruto shippuden, season kematian Jiraiya dan Itachi T.T...... awesome song... pergi hari kedua tak??

M.Faiq63 said...

p/s: selalunya kalau utamakan perintah Allah, ada kejadian yang menarik akan berlaku...cth mcm anda,....berdasar pengalaman sy yg lalu...

Hafizah Haruno said...

Memang syok! Saya memula risaulah takut terlepas.

Saya pergi hari ke-2. Hari pertama tak pergi. Aih, sibuklah tak sempat nak update entri Festival & Concert