Thursday, 1 March 2012

Semalam yang hiba.

Semalam, 29 Februari, tarikh yang korang akan jumpa setiap 4 tahun sekali. Happy Birthday kepada sesiapa yang menyambutnya.

Semalam, perginya seorang bapa kepada kawan kita, Nurul Ashikin bt Nordin (Shikin). Emak aku bagitahu ada orang meninggal kat area blok dia. Tapi tak tau siapa. Emak aku suruh aku mesej dia. Aku ni, dah lah baru balik, mak aku demand macam-macam pula. Aku tau, Shikin pun baru balik juga, mesti dia malas nak jawab mesej aku.

Setelah dipaksa oleh emak ku tersayang ni, aku pun cari beg aku yang aku campak tadi.

'Salam, Shikin. Mak ak kte kt area umah ko ad org mnggl. Spe nu?' mesej aku.

'Bpk ak...' Shikin balas.

Terkejut aku. Aku terus bagitau mak aku. "Ayah dia mak!" Mak aku terperanjat. 'Tak sangka kot kawan anak aku punya bapa yang meninggal.' Aku agak la dalam hati mak aku cakap macam ni.

'Innalillah. Sory. Nnt ak ngn mak ak dtg.' aku balas.

****************
Agak ramai orang jugalah. Mak dia muka sugul. Kelihatan adik lelaki dia baca Yaasin di hadapan jenazah. Shikin, aku tak perasan lagi.

Dah habis aku baca, mak dan kawan dia tunggu kat bawah. Aku cuit adik perempuan dia.
"Shikin mana?"
"Kat situ," tunjuk. Aku tak nampak. 
Salam mak dia. Tanya, Shikin mana. Mak dia panggil. Lorh, duduk tepi aku rupanya. 

Aku dibawa ke bilik dia. Shikin nangeh-nangeh cerita. *aku yang taip ni terus muka panas macam nak nangeh* Arwah ayah dia ada kencing maneh. Dia baru beli produk dR Cendawan punya. Terkilan sebab tak dan nak makan. Dia boleh menyesal sebab tak beli awal-awal. Janganlah mu regret macam tu Shikin. Kita tetap berusaha, tapi, kalau dah sampai masanya, kita harus redha.

Sebagai seorang kawan, memang rasa sangat-sangat tangisan dia. Sebab, keluarga dia tak de lah jauh beza sangat dengan keluarga aku. Maksud aku sini, keluarga aku dengan keluarga dia adalah sikit persamaan. Sebab itulah, kesedihan dia, memang aku terasa sangat. Ianya  lebih pedih dari kematian hamster-hamster aku. *aku tak buat lawak, serius nih*

Persamaan aku dan Shikin:

Bapa: Ayah aku dan arwah ayah dia seorang anggota polis. Aku tak tau lah arwah ayah dia pangkat apa. Lebih kurang rasanya. Cuma, arwah ayah dia lebih muda dari ayah aku.

Ibu: Emak aku dan emak dia tak bekerja. Masing-masing boleh drive kereta sendiri. Itu yang membuatkan emak kami nampak cool!

Aku dan Shikin: Kitorang start kenal dari sekolah rendah lagi. Sekolah menengah pun sama. Cuma masa form 4, aku ubah angin berpindah ke sekolah teknik. Dia dengan aku adalah anak sulung.

Adik-beradik: Kitorang mempunyai 3 orang adik beradik. Sedia maklum, aku dan Shikin adalah anak sulung. Beza kat sini adalah, adik beradik aku seorang perempuan, iaitu aku, dan perempuan itu anak sulung. Manakala, adik beradik Shikin pula, seorang lelaki, dan adik lelakinya itu adalah anak bongsu. Semua dah besar-besar dah. Tiada yang bersekolah.

Disebabkan banyak persamaan ni lah yang membuatkan aku terfikir, 'macam mana lah kalau Shikin tu aku?' Aku pun agak risau juga sebab ayah aku pun dalam keadaan 'tidak bekerja' buat masa sekarang ni. Dah setahun. Aku sendiri pun, walaupun dah bekerja, beribu gaji pun, masih harapkan ayah aku lagi. Wallahualam.

Kepada Shikin dan keluarga, jalani hidup dengan tabah. Berdoa banyak-banyak agar diampunkan dosa-dosanya. 

Kepada kawan-kawan kita yang sedang baca, sedekahlah Al-Fatihah untuk arwah ayah Shikin, dan juga semua kaum keluarga kita yang telah meninggal. Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan bersama para soleh dan solehah. Amin.

AL-FATIHAH

No comments: