Friday, 9 March 2012

#Event - Animax Carnival 2012


Apa ni?: ANIMAX Carnival 2012
Bila: 10 - 11 Mac 2012
Mana: 1Utama (New Wing), The Oval, Kuala Lumpur
Kemasukan & Waktu: [10 Mac] Pelanggan Astro Variety : 12 tengah hari - 6 petang
[11 Mac] Pemegang Kad OneCard : 12 tengah hari - 3 petang
Orang Awam : 3 petang - 6 petang

Karnival ni julung kali diadakan di Malaysia oleh Animax. Wow, teghujanya aku! Macam-macam aktiviti akan diadakan. Pada yang kaki cosplay tu, memang ni lah korang boleh pulun. Mana tak nya, dapat hadiah duit. Dalam US dolar pula tu. Untung siapa yang menang tu.

Tu ha hadiah dia. Gilos! Jurinya, ani-mates; Alodia. Mak aii. Dia ni ratu segala cosplay. Macam-macam dia boleh jadi.

ni ler Alodia. Orang Filipina. Ni dia cosplay jadi Kagome (Inuyasha). Pernah aku tengok kat Animax, dia jadi Haruhi Suzumiya sebab nak promote Haruhi musim 2. 

Biasanya, cosplayer yang mai dari tanah Asia biasanya, memang menjadi kalau bercosplay cenggini. Kalau biasanya kat sini aku tengok, budak-budak Cina memang win kalau bab cosplay ni. Melayu pun apa kurangnya kan? Tapi tak banyak. Jadi tu boleh lah. Kalau tengok pun, tak de lah geli mana pun.

Cuba korang tengok cosplayer mat saleh. eiii, geli aku tengok diorang ni bercosplay. Dengan badan besarnya. Tang hidung memang tak boleh blah. Mana tak nya, watak anime pun bukannya hidung mancung sangat. 

Haha. Putih sangat lar. Elok korang jadi watak Barbie and the Swan Lake ke, Jimmy Neutron ke, Ben 10 ke, barulah jadi gilos-gilos.
Watak: (dari kiri) Tenten, Kankuro, Uchiha Sasuke
Anime: Naruto

Ni barulah ada selera nak tengok.
Watak: Tenten (watak feveret aku)
Anime: Naruto Shippuuden

Insya Allah, aku pergi. OU (1Utama) ngan Cheras bukannya jauh sangat. Nanti aku upload gambar menarik untuk korang. Eh, lupa, Alodia cuma ada masa hari Sabtu jer. Hari lain dia tak de. Tu yang special untuk pelanggan Astro Variety macam aku. Hihi~

*ouh, aku lupa plak nak upload gambar masa Berjaya Founder's Day*

1 comment:

::cik asha:: said...

tak habis2 dgn animax dia..hihi