Thursday, 23 February 2012

Kemenangan Jepun dan Tatsuya Mitsumura

Semalam aku balik kerja lambat. Aku tau, mesti aku tak dapat tengok tv sebab ada perlawanan bola. Aku ingatkan Malysia lawan Syria tau. Sebab, macam dengar-dengar cam tu je la.

Sampai rumah, aku tengok. Nak tau la, berapa kan? Alih-alih, Malaysia lawan Jepun. Tungkik!! Dan-dan tu mata aku liar mengushar para pemain berjersi biru.

"Hah, yang tu hensem. Haaa, yang ni, yang ni! uiii, kaler rambut!" dalam hati aku.

Terkejut gak tengok dah 3 - 0. Aku tanya ayah, "Sape keeper, yah? KFCM ker? takkan lah bolos begitu banyak?"

"Dia lah! Entahlah tetiba jer?" Ayah aku bagi jawapan.

Aku masuk dalam. Setelkan hal diri sendiri dulu. Mandi, makan sumer~

Setel dah, nak sambung ushar. Ayah aku buka astro arena plak~ apa ntah, gombak lawan apa ntah?

"Buka lah yah! orang nak sambung ushar ni!" ayah aku tune to tv1.

"Alaa, abeh dah. Orang dah bagi hadiah dah," Aku terus masuk dalam, tidoq.

Pukul 12 jaga balik. Sambung Naruto semalam kat animax. Tengok muka Sasuke, terus aku masuk dalam balik. Tetiba tak de selera.

****************

"nyit, nyit," mesej masuk. 'lagi 2 jam, sampailah' aku baca. Balas balik, 'ok. nanti datang amik. daaa~'

"Mak, dah nak sampai dah tu. Kakak pergi KLIA dulu yer!" aku khabarkan pada mak. 
"haaa...hati-hati!" mak balas sambil keluarkan ikan yang dibeli dari Pasar Ikan 1Malaysia. Jauh tu mak aku beli. Almaklumlah, nak sambut bakal menantu kan? Sampai Pulau Ketam pun sanggup cari ikan. Bukannya apa, bakal menantu bukan orang kita. So, kenalah hidangkan masakan Melayu. Kalau, Cina, India ke, tak kisahlah sebab diorang pun dah biasa ngan masakan Melayu.

Sampai KLIA. Hati ku girang menyambut. Terus aku bawa jalan-jalan KL. hehehe.
Antara tempat yang kitorang pergi, ummm, maksudnya sini, DATING;



*sumber google*

Dah dating tu, kitorang pun balik. Yang bestnya, part dalam kereta lah. Nyanyi. Aku semangat nyanyi lagu feveret, Diver dan Passenger. Nyanyi sama-sama. Jalan jem pun tak rasa cam jem. Easy going. Pastu dia nyanyi lagu khas untuk aku. Tajuk dia, Kimi Dake, maksudnya sini, Hanya Dikau atau Only You. Gyabooooo....Ini, kalau nak tunggu turn naik feri Pulau Pinang ni, best ni. kihkihkih~ Heaven gua rasa.

Sampai rumah. Mak dah hidangkan semua. Wahh, makanlah dia masakan Melayu. Aku sendiri pun tak ingat mak masak apa. Aku suka makan nasi dengan budu. Aku offer lah kat dia. Dia tak mau. Katanya, tak tahan bau. Pastu, dia pesan, kurangkan makan budu, sebab nanti dah kawen kena duduk kat Jepun. Kat Jepun, mana ceruk nak cari budu. Nak buat sendiri, memang tak reti lah.

Nak hantar balik ke KLIA. Flight malam pukul 9. 

Dah sampai KLIA. Aku hantar dia kat balai berlepas. Sebelum dia jalan menuju ke pintu masuk tu, aku terdengar azan. Ouh, mungkin azan isyak kot? Sekali keluar part; "assola tu ghairum minal naum" *erk, sorry kalau salah eja ke apa* alaa, azan subuh yang part nak kejut umatnya bangkit tidur tu.

Aku pelik kat situ. "Kejadah azan isyak ada part suruh orang bangkit tidoq" dalam hati aku.

Aku pandang dia. Dia pandang aku, pelik. Aku tengok, badan aku ala-ala fade macam Liyana Jasmay dalam filem Duhai Si Pari Pari yang part dia nak hilang. Aku cuak. "Nani koreee???" aku jerit.

Aku buka mata. Tungkik. Mimpi rupanya. Dah pukul 6.30 pagi. Ahhhh, lambat niiiii! Tak sempat naik bas, aku pergi kerja naik kereta. Petang, siaplah kau dengan jem nya. Hahahahahahahhh~


watak "Dia" yang didakwa. 

Enjoy dulu, nanti aku cerita lain.

"Ohh, I gewam dengan si Pizah punya hamster. Rasa cam nak ramas-ramas!"

"Ceh, ngan ni gak yang mu gewam!" 
Hamster aku, nama ia Keledek. Gemok, umur hampir setahun. Antara yang paling lama yang pernah aku bela.

2 comments:

::cik asha:: said...

siot je ko kan...mimpi rupenye...
coiiii...

hamster ko yg name kentang mane?

Hafizah Haruno said...

hahaha~ janji aku ada kenangan sikit. hahahaha...nasib baik tak de iras-iras troll.

Kentang kat syurga. Join abang dan kakak ia yang lain. Bulan 12 meninggal.