Wednesday, 4 January 2012

Hari Pertama Persekolahan

Masa aku dalam bas, nak pergi kerja, simpang Taman Len Seng yang ada Petronas. Sebelah tu ada Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik (maaf, kalau salah nama. Aku sendiri pun tak tau). Mak aii!! Banyaknya kereta. Penuh. Kat Petronas pun sekali depa bantai parking.

Dengan panorama sebegitu, tang tang tu aku teringat masa hari pertama aku sekolah dulu. Aku sekolah tak de lah pindah randah macam adik aku. Aku tak nangis. Yayy...aku tak nangis. *Bangga di situ!*

Tengok kengkawan yang lain. Baju baru wooo....kasut Sparx wooo...Beg ada roda!!
"Ayah kittew yang beli niyy. Cantik tak?"
"Eh, beg kau ada roda. Senang lah ehh..."
"Beg pawer renjes. Lawa wooo"

Part sekolah rendah dan sekolah menengah, ok. Kawan cepat je dapat.

Masa aku form 4, aku pindah sekolah teknik. Haaa...masa tu memang sedih. Sebab, aku tak der kawan! Mana tak nya, aku sorang yang pindah situ. Yang lain semua lelaki (dari sekolah yang sama). Takkan lah aku nak keluar rehat, petang-petang jalan-jalan ngan  diorang kot kan? Mau aku balik dorm kena sebat ngan kakak senior yang ngeng!

Part masuk sekolah teknik tu yang macam hampeh. Nak patah balik, NO! Malu ada, menyusahkan pun ada. Dah lepas 2 minggu tu, barulah ada kawan dan kroni sendiri. Lepas beberapa bulan, naik 'tocang'. Hahahahahhh~

Zaman sekolah memang best. Tapi, zaman kerja LAGI best! Ada duit sendiri wooo...! Tak menyusahkan orang lain. Tapi, hujung bulan, baru cari orang lain. "Pinjam 50. Kang gaji clear, bayar balik!"

2 comments:

::cik asha:: said...

garang betol akak2 dorm ko..
ingt lagi time skola teknik dlu kan diorang ckp ko junior jgn nak melantun..hahaha..naseb aku outsider..so akak senior2 tu xbrani nk kacao..hihihi

Hafizah Haruno said...

Hahahaha~ Aku benci kakak senior. Diorang tu dah kena torture teruk tu yang perangai camtu. Kesian...kesian...kesian...~