Thursday, 19 January 2012

Gendou: Medan Mendownload OP/ED Anime

Kegilaan aku terhadap J-Pop/J-Rock bermula setelah aku menonton sesebuah anime tu. Memula minat kat FLOW. Diorang ni start sumbangkan lagu untuk anime Naruto. Ye lah, aku kan Narutomaniac! harharhar. Lepas tu, HIGH and MIGHTY COLOR untuk anime Gundam Seed Destiny dan Bleach. Memang gempak. Jadi, seseorang artis / sesebuah band tu kadang-kadang dikenali melalui anime (bukan setakat anime jer), drama mahupun insert song yang menjadi lagu latar bagi sesebuah rancangan.

Contohnya; lagu Home Sweet Home nyanyian Carrie Underwood untuk American Idol 8 (aku tengok sebab Adam Lambert) yang menjadi insert song untuk mengucapkan selamat jalan kepada peserta yang tersingkir.
Sama juga dengan lagu iringan pulang bagi Raja Lawak 4 dan 5 yang dinyanyikan oleh Ferhad dan Dina serta Zizang.

Situasi tersebut membawa aku untuk minat terhadap lagu-lagu Jepun.

Aku selalu download lagu tema anime kat Gendou. Memang updated website ni.

Hari ni, aku pergi, tengok, apa yang jadi:

Apa ni?

Setelah tekan jadi:

Ouh, menentang piracy ker dek nonn??

Eleh, lama-lama eloklah tu. Kankankan????

Tak perlu risau, banyak lagi website yang provide free download lagu. Tak kiralah lagu Melayu ke, Hindustan ke, Korea ke...Asal free, kita pun suka!

Ini FLOW. Latest single, theme song untuk anime Beelzebub. Aku kenan kat Keigo Hayashi. Mana satu? Tu haaa, yang rambut blonde tu. hihihi. *blushing*

No comments: