Thursday, 5 January 2012

2011 - Antara Tuah dan Malang

Osssuuu...Hari ni nak imbas balik apa yang telah berlaku (kat aku) pada tahun 2011. Semoga ia menjadi iktibar pada tahun baru ini.

Hah, anyway, tahun ni tahun naga kan? Tahun aku le tu. Aku kan semangat naga. *tui* Lahir pada tahun 1988.

Kalau jumpa naga ni, nak minta kat dia nak jadi jutawan. Lebih kaya dari Pak Cik Donald Trump. Tapi kena kumpul Dragon Ball dululah! hihihi.

JANUARI
  • Dah berhenti kerja. Tak tau nak buat apa.
FEBRUARI
  • Aku jadi Sensei. Ummm, maksud aku, jadi guru tuisyen. Ajar form 1 & form 2 Geografi. Favourite subjek aku masa PMR dulu. Exited nokkk mak ajar!
  • Aku ada sertai kursus untuk graduated student yang tanam anggur. Macam aku. Elaun sebulan RM500. Sedap betul shoppingnya!
MAC
  • Teruskan hidup dengan berguru dan mengajar. Ulang alik dari Cheras ke Taman Sri Rampai. Sampai rumah pukul 11.00 malam. Mengajar punya pasal.
APRIL
  • Praktikal dik nonnn...Dapat kat Subang Jaya. Masa tu birthday mak #4 April. Aku boleh pula pau mak untuk minyak kereta dan tol. Dari Cheras ke Subang Jaya. Aku tau lalu Kesas je. Mak aii, tol dia buat aku sakit!
  • Mengajar lagi. Bayangkan, dari Subang Jaya ke Wangsa Maju pula. Jam teruk! Lalu Duke, tol lagi! Aku dah lah tak der duit! Terpaksalah redah jam. Sampai je, terus kalut solat maghrib, mengajar budak, muka horror macam ni:

MEI 
  • Praktikal. Dari Cheras ke Subang Jaya. Hahhahaha...time ni aku dah expert jalan. Ceruk mana aku lalu, mesti sampai. Aku dah tak lalu Kesas yang mahal tu dah. heheheh...Tapi nak balik tetap satu jalan. Haaa, part tu tension! Jam bagai!
  • Dah berhenti mengajar. Sakit pinggang aku hari-hari. Tu belum masuk waktu period. Lagi sakit makk!
  • Aku beli hamster baru. Nama ia Kentang. Beli dari mudah.my. Dapat harga murah sikit. Biasanya aku beli, RM18 seekor. Yang ni akuy dapat harga RM12 seekor. Jantan.
  • Classmate aku masa kolej dulu, Nurul dah selamat bersalin. Kat Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dia ni rajin update masa preggy dulu. Sampai scan baby tu pun dia upload kat FB. Sebelum aku balik, aku buka FB. Nampak status dia dah deliver kat PPUM. Aku apa lagi, nak balik sehala, singgah le. Kasi sepppraaiiisssee!!!
"Hai, nama saya Kentang!"

JUN
  • Bulan kelahiran aku. 19 Jun 1988 dilahirkan pada pukul 4.28 pagi di Hospital Parit Buntar, Perak.
  • Aku dapat kerja tetap. Kat company yang mana aku praktikal dulu.
  • Kakak yang sekali praktikal ngan aku pula deliver. Baby girl. (4 Jun)
  • Aku start mengajar lagi. Tapi hari Sabtu. Tak pe, janji ada pendapatan lebih. kan...kan...kan...!
  • Menghayati keindahan gerhana bulan bersama Kentang. Part totality tak dapat tengok sebab bulan dah lari.
  • Aku beli hamster lagi. Betina. Nama dia Keledek. Hadiah harijadi untuk diri sendiri.
Keledek. Baka Whited-Face Roborovski. Agak rare juga le yang cenggini punya.

JULAI
  • Nothing else, just kerja, kerja, kerja!
  • Kenduri aqiqah anaknya si Nurul kat Damansara. Dari Damansara terus ke Klang, tumpang rumah kawan, Amy. Mandi. Sebab petang tu kitorang nak pergi,
Best. Ini kali ke-3 aku pergi. Tahun ni aku nak pergi pakai yukata pula!

OGOS
  • Bermulanya Ramadhan, kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Serta nafsu bershopping!
  • Seminggu sebelum raya pula, iaitu pada 24 Ogos, aku eksiben (accident). Biasanya, aku pergi kerja bawa kereta Kancil. Hari tu pula, mak aku ada appointment nak pasang seat belt belakang. So, aku terpaksalah bawa kereta Wira. Aku tak suka sangat Wira sebab besar, rendah, susah sikit nak kawal. Boleh pula hari tu eksiben. Dan kebetulan pula lesen aku mati pada hari tu. Aduh, memang teruk. Ianya membabitkan 3 kereta! Ceritanya, kereta depan sekali tu nak elak sebab ada orang melintas, kereta yang kedua, yakni depan aku tak dan nak brek, pamm, langgar kereta yang first. Aku pula, dah brek, lambat pula makan dek nonnn, pammmm juga. Habis depan hancur. Menggigil-gigil kaki aku keluar dari kereta. 
  • Esok pergi kerja naik KTM. Rasalah kau sardin tu macam mana. 
  • Raya. Balik kampung naik Kancil. *Padan muka kau!* Mujurlah 2 orang adik aku tak ikut sebab tuntutan kerja.
SEPTEMBER
  • Selepas sebulan setengah, kereta Wira dah boleh keluar dari bengkel. Fuiyoo, macam kereta baru!
  • Aku pula, semakin selesa naik public transport. Sebab, kalau jam, aku boleh tidur. Mesti para drivers sakit hati tengok aku tidur dengan muka penat dalam bas Rabbit (Rapid) KL tuh. harharhar. Kadang-kadang aku pergi naik kereta. Aku pula sakit hati tengok orang tidur nyenyak dalam bas tuh.
hahaha, tak de lah nyenyak sangat macam ni. Nyenyak sangat kang bahaya bagi anak dara suci macam aku nih. hihihi~
  • Sampai ofis. aaaaapa ni? Empire Shopping Gallery yang betul-betul depan ofis aku ni meletup. Habis berdebu meja. Ada yang aku dengar, sampai siling jatuh. Kuat benar!
Diambil dari ofis aku.

OKTOBER
  • Tak der apa yang menarik. hehehe~
NOVEMBER
  • Handphone aku hilang. Kena copet ngan Indon kat Central Market. Malam tu jugalah aku buat sim card baru. Mana tau dia gi roaming ker, tepon mak dia kat Indon. Sampai je bil, terbeliak RM500. Tak mo, tak mo. Itu perkara pertama yang korang perlu buat kalau handphone korang hilang. Itupun kalau korang pakai postpaid lah. Aku memang risau part tu.

Ni ler handphone tu. Oringinal set. Kalau jual pun mungkin mat tuh dapat RM400 kot? banyak gak kan. Lantak kau lah. Janji aku dapat block sim aku secepat mungkin!
  • 100% Gempak Starz 2011 kat Sungei Wang. 2 tahun sekali je tau event nih. Memang best. Masa ni lah aku nak borong semua komik Gempak Starz dan berjumpa face-to-face Keith, Kaoru, Nishiki, dan ramai lagi. Teringat dulu masa pergi ngan geng-geng kolej dulu. Kan...kan... Acha kan?

Ni baru separuh hasil yang diborong. hihihi~

DISEMBER
  • Classmate aku masa sekolah menengah. Farhani, nikah. Aku sempat lagi took halfday sebab dipaksa oleh dia semata-mata. Aih, yelah-yelah. Hari Sabtu, 3 Disember kenduri.
  • Esok harinya pula (4 Disember), Usop, classmate aku masa sekolah rendah pula kahwin. Alhamdulliah, cepat ye korang sampai jodoh. hehe. Aku doakan yang terbaik untuk korang! *ok, jangan tanya aku pula bila*
  • 27 Disember - Kentang meninggal dunia. Aku tak tau sebab apa. Aku balik kerja, tengok ada banyak semut hurung ia. Tak gerak. Aku sentuh badan ia, dah keras. Aku sampai rumah dalam pukul 9.00 malam, di anggarkan mati dalam pukul 7.00 malam kot? *Kena panggil Detektif Conan nih* Aku tengok Keledek duduk je dalam rumah. Tak tahu nak buat apa. Aku letak beg, ambil kain perca, balut bangkai Kentang. Ketuk rumah jiran pinjam cangkul. Mencangkul aku malam-malam kau! Tanam elok-elok. Taburkan sikit serbuk kayu, *ala ala bunga mawar gitu*. Siram dengan air mataku. *ceh* Cuci sangkar yang penuh dengan semut *padan Keledek duduk je kat dalam rumahnya*. Pukul 10.00 malam baru settle. Aku mandi, solat, tidur.
Kubur Kentang.
  • 2 hari selepas tu, aku dapat parcel. Buka. T-shirt! T-shirt Ombak Rindu nokkk! Baru aku ingat aku ada join contest untuk dapatkan tiket free. Tapi tak dapat tiket, dapatlah t-shirt! Ok le tu kan! Minggu depannya pula aku ada dapat SMS. Suruh aku collect hadiah kat ofis kat Bukit Damansara. Wahh, aku menang produk Safi rupanya. Banyak woo, kira-kira RM200 la harganya. 3 bulan aku jimat. Tak payah nak beli, pencuci muka, toner, pelembab. Dah siap stok 3 bulan. hahaha~
  • Sambutan tahun baru aku kat rumah jer. Berdoa banyak-banyak agar tahun ni, hidup diberkati. Kerja pun harap gaji lagi up. Hope dapat tawaran baru ker. hihihi...
Inilah yang terjadi kat aku tahun lepas. Tak de yang seronoknya. Lepas ni aku nak list pula, apa yang aku nak achieve pada tahun ni. Hehe. 

4 comments:

::cik asha:: said...

karnival bon odori..cik mat suke pegi tu kan..


dh lame xgi sungai wang..gi function gempak..

Hafizah Haruno said...

a'ah. Hari tu tak pegi ngan dia. Pergi ngan member2 Amy. Jumpa Hassan kat sana je.

Teringat kat korang. Aku ajak adik aku jer. Kitorang pegi naik kete. Malas nak jalan jauh-jauh.

zaril said...

mcm best jer buat list apa yg terjadi tahun lepas. tp mesti lama giler duduk kat draf, kalau saya yang buat.., sebab tak ada masa nak buat sambil ingat apa yang berlaku tahun lepas.. good job!!!

Hafizah Haruno said...

eh, mana ada duduk kat draf. Kita tulis apa yang kita ingat jer. Tapi, itu je yg terjadi tahun lepas. Tak de yang menarik.